Thursday, 26 December 2013

ini cerita tipu

Nafas Ah Jib tersekat2.. Lututnya mengigil2.. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E.. Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. 'Memang sah aku dapat penampar jap lagi ni'.. Ah Jib mengeluh, menyesal dgn sikapnya yg malas belajar.. Masa exam, semua dijawab mengkhinzir buta..

Sampai di rumah, bapaknya menunggu di muka pintu.. Ah Jib meneruskan langkah longlai dan bersiap sedia menerima tamparan bapaknya..

Bapak: Hah Jib.. macamana dgn PMR kau?..
Ah Jib: Err... 4C.. 3....(xsempat habiskan ayat)
Bapak: 4C? habis tu A takde langsung?
Ah Jib: Takde Pak...
 

Ah Jib memejam mata sambil menunggu tamparan Lion King.. Tiba2 bapaknya menepuk2 bahu Ah Jib..

Bapak: Alhamdullilah.. Syabas Jib.. Syabas...
Ah Jib: Hah? Bapak perli Jib ke?
Bapak: Tak Jib. Bapak tak perli Jib.. Jib mempunyai masa depan yang cerah Jib..
 

Ah Jib semakin pening.. Bapaknya sekarang bukan bapaknya yang dulu.. Dulu ditendang sekarang Jib disayang.. Aisshh.. Bapakku terminum air ketum ke ni? Fikir Ah Jib..

Ah Jib: Kenapa bapak cakap macam tu?
Bapak: Kau berpotensi jadi MENTERI Jib..
Ah Jib: Maksud bapak..
Bapak: Yelah.. kan MENTERI2 semua  tak "pakai otak". samala macam kau Jib...
Ah Jib: Errrrrrr..""

tahniah adik2

harapnya tak terlambat mengucapkan jutaan tahniah kepada adik2 yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR....bolehlah teruskan cita2 nak jadik doktor,akauntan, lawyer, arkitek dan sebagainya....

bagi yang tak berjaya dan gagal....jangan bersedih...inilah peluang adik2 untuk apply terus untuk jadik menteri dan timbalan menteri.....selamat mengapply.....

*harap2 posting ni tak kene caj 50sen dari JFN sbb ni bukan fb....


mengulangi ayat2 ku sebelum ini......kriteria menjadi menteri dan timbalannya adalah BODOH......!!!!!!!

kenapa mat sabu????

lama menyepi dari menulis adalah kerana kekangan masa. ditambah pula dengan percutian bersama keluarga tersayang sempena cuti sekolah, selain dari keadaan kesihatan yang tidak berapa memberangsangkan....

namun dalam pada itu, hal ehwal semasa tidak aku lepas tatap terutamanya isu2 perhimpunan agung ameno aritu di mana johan naib presiden dengan gahnya mengaitkan mat sabu sebagai pengikut tegar syiah....

disokong oleh balaci2 nya yang memaklumkan ada bukti kelas A berkaitan dengan tuduhan tersebut....wow....very2 tidak memeranjatkan....dan sampai sekarang aku tertanya tanya apa buktinya???kata nak sebarkan kepada umum????kenapa senyap walaupun tajuk berita sebesar besar anak gajah di muka depan utusan mingguan????

ini semua sememangnya permainan ameno...fitnah dan tuduhan tidak berasas sememangnya menjadi makanan mereka....dari dulu,kini dan mungkin selama lamanya....walau sampai harini ini bukti kelas A yang digembar gemburkan tu masih lagi belum dikeluarkan, dan mereka dengan bangga dan bangangnya menyuruh agar mat sabu mengemukakan bukti bagi menunjukan yang beliau bukan pengikut syiah, aku tetap percaya, sekiranya benar mereka mahu jatuhkan mat sabu, mereka akan berjaya....Sebab???

sebab mereka telah buktikan bagaimana mereka telah jatuhkan anwar ibrahim dengan sekelip mata, menggunakan fitnah yang telah dirancang rapi walaupun rakyat menolak ketidak logikan bahan2 bukti yang sememangnya telah direka...

soalnya skrg, kenapa mat sabu?????bukan TGNA atau pun TG Haji Hadi????jawapannya mudah....

mat sabu adalah seorang yang amat lantang bersuara dan tidak takut dengan musuh. Kehebatan pidatonya mampu mempengaruhi rakyat untuk menolak sekeras kerasnya kepimpinan kerajaan ameno be end, keberaniannya menentang kezaliman mampu untuk mebuatkan ameno sukar melaksanakan keja2 dosa mereka dengan mudah (walaupun ianya tetap diteruskan), dan yang paling amat ditakuti sekarang, mat sabu mempunyai pengaruh yang kuat untuk membawa rakyat jelata turun di jalanan sebagai demosnstrasi membantah tindakan kerajaan atas kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti mana yang telah dilakukan semasa BERSIH 1 dan 2 dulu.

kehebatan dan pengaruh mat sabu memenag terserlah..walaupun tewas dalam pilihanraya umum mat sabu masih boleh memenangi kerusi timbalan presiden pas, yang mana ameno amat mengharapkan agar beliau kecundang....kemenangan mat sabu menguatkan lagi pengaruh beliau di dalam pas dan mampu untuk meneruskan kesinambungan untuk menentang kerajaan dengan kempen2 anti kerajaan dengan berterusan....siapa lagi selain beliau yang kita nampak begitu energatic dalam melaksanakan program2 anti kerajaan akhir2 ni????takde kan....

dan yang terakhir bagi aku, dengan menghapuskan mat sabu ameno merasakan mereka mampu menghapuskan ikatan di dalam pakatan rakyat....tidak dinafikan hubungan antara pas, dap dan pkr ada masanya amat dingin dan tidak salah jika dikatakan sering dingin (biasalah hidup rumah tangga)....namun ikatan tersebut masih lagi kukuh atas izin Allah dengan adanya kepimpinan mat sabu yang dilihat amat akrab dengan barisan kepimpinan pkr dan dap dengan imejnya yang profesional...jadi dengan adanya mat sabu sebagai pemimpin nombor 2 pas menjadi halangan besar bagi ameno untuk melihat ikatan pakatan rakyat berkubur....

nak ikutkan, serius sangatkah isu syiah di mata ameno????adakah syiah ni satu ajaran yang baru wujud????tak...ianya dah lama menapak di Malaysia, berzaman dah...tapi kenapa sekarang baru nak menunjukan kesungguhan....dulu semasa isu syiah dibangkitkan pas oleh Almarhum Us. Fadhil kenapa ada menteri di jabatan perdana menteri yang memegang portfolio agama membisu???kenapa ada keluar statement dari mereka yang mengatakan syiah tidak salah, syiah tidak berbahaya...ianya hanya fahaman????kenapa tak banteras syiah betul2 macam mana mereka banteras Al Arqam sampai licin????kenapa tak hapuskan je syiah macam mana mereka hapuskan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut2 nya?

ameno...ameno....permainan kau tak habis dengan budaya yang kotor dan keji.....nak suruh mat sabu jawab tuduhan????....undang2 apa kau pakai???sampai arini sikit habuk pon aku x pernah dengan jawapan najib jawap tuduhan pasal bunuh altantunya....dasar bila bercakap pakai lutut...tula...banyak makan benda haram lagi...kan dah bodo....

Wednesday, 25 December 2013

Harap macai bantah

MB Negeri Sembilan, tok mat plan nak naikkan gaji para adun berikutan komitmen yang semakin berat ditanggung oleh mereka dari hari ke hari.....

aku amat setuju....sebab mereka adalah adun, takkan gaji stakat 4-5 riban...apa standard????dengan pengorbanan masa, keringat, duit, keluarga dan sebagainya mereka harus diberikan imbuhan yang setaraf dengan apa yang telah diberikan...cuma mb kena pastikan mereka yang makan gaji buta diambil tindakan seberatnya kerana membazirkan wang dan harapan rakyat....

kepada macai2 yang duk melalak atas kenaikan gaji para adun di selangor aritu.....silalah hantar memorondum tuan puan ke pejabat mb n9 bagi membantah kenaikan gaji sementara ianya baru perancangan....sok dah umum secara rasmi baru kau nak memekak tak guna.....tapi....ada bran ke?????

Tuesday, 3 December 2013

sampainya hatimu

seorang lagi pak menteri sakit dan dapatkan rawatan di hospital swasta....apa masalah korang ni....????

sekali lagi aku sebagai rakyat marhein rasa tak puas hati...kenapa pak2 menteri bila sakit tak dapatkan rawatan di hospital kerajaan?????tolong yakinkan kami perkhidmatan di hospital kerajaan adalah yang terbaik.......pleaseeeee......

kasihanilah mereka yang miskin, golongan2 sederhana, warga emas yang sentiasa memerlukan rawatan, para2 belia yang baru hendak memulakan kehidupan, para pesakit kronik yang menghitung hari menunggu maut menjelma....tolong.......tolong fahami kehendak kami....

2 perkara yang amat penting. Dimana pemerintah perlu berikan kepada rakyat, sama standard dengan apa yang diterima oleh mereka ialah PENDIDIKAN DAN KESIHATAN....jadi kami sebagai rakyat juga mahukan perkhidmatan kesihatan yang sama kualitinya seperti yang anda terima wahai para pendekar melayu, terutamanya kamu yang sedang sakit dato' hishamuddin.....

ketahuilah apabila seseorang rakyat biasa sakit mereka perlu :

1. berjam jam tunggu giliran untuk hanya diberikan ubat basic seperti panadol dan sebagainya...

2. seminggu dua masih tak sehat lagi, perkara pertama diulang oleh doktor yang berbeza...ikut nasib kalau doc seorang prihatin tindakan selanjutnya akan dilakukan....jika sebaliknya ubat basic seperti panadol dan sebagainya diberikan lagi.....

3. jika masih tak sehat lagi, perkara pertama tadi diulang semula...kali ini disebabkan sudah tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, pesakit bersikap agresif mahu tindakan selanjutnya diambil...doc pun seperti acuh x acuh, malas nak layan pesakit yang sedang dalam keadaan marah mengeluarkan surat rujukan kepada doktor pakar...balik rumah dahulu dan tunggu dihubungi untuk temujanji dengan pakar....

4. nasib baik, dapat la temujanji seminggu selepas perkara 3 dilakukan....jika tidak, ianya  boleh sampai ke 2-3 minggu....penyakit yang dialami makin teruk.....

5. jumpa pakar....buat pemeriksaan itu dan ini....tidak dapat kesan penyakit apa.....beberapa sessi rawatan dilakukan yang mengambil masa berbulan lamanya...

6. penyakit dapat dikesan....kanser tahap 3 atau 4......

7. nasib baik, penyakit dapat dirawat sepenuhnya...kalau sebaliknya, dapat dirawat tapi bukan sepenuhnya....penyakit akan menyerang kembali ataupun terus tak dapat rawat....

8. sampai ajal...Innalillah.....

kemudian promosi kerajaan, mengenalpasti penyakit lebih awal dapat mengubah nasib pesakit....anda mampu mengubahnya.....

bila golongan berhaluan kiri mulakan maki dan kata2 kesat akibat dari ketidak pekaan pemerintah akan hal ini,mulalah  golongan ulama' mereka keluarkan 'fatwa', itu semua takdir Allah....berlapang dadalah menerima qada' dan qadarnya.....tetiba puak2 mereka menjadi insan yang warak...tetiba je mereka bertukar menjadi insan yang penuh tawadhuk dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah.....

tapi bila depa sakit...depa pi dapatkan rawatan di hospital swasta....

SAMPAI HATI HANGPA SEMUA.....

sepahlalalitamplom

Shuib: nasib kita skodeng, dapat jugak kita maklumat...

Jepp: maklumat ke makluman...

Mamat: Mat Lukman????bukan dia dah lama pindah ke....????

Jepp: Itu Mak Lu....

satu babak sepahlalalitamplom pagi tadi.....nasib astro ulang balik cite yang sama 25 kali dalam masa sebulan boleh jugak aku layan gelak....

*kenaikan bil astro adalah sebab dah menaik taraf perkhidmatan  kepada pelanggan.....ayat Jepp last skali tu patut di tuju kepada pak menteri kerana membisu atas tindakan zalim para kroni....

MARI HAPUSKAN KEZALIMAN.....!!!!!

Sunday, 1 December 2013

selangor vs sarawak....

sekiranya tuan masih ingat, beberapa minggu selepas pilihanraya 13, KM sarawak telah mengumumkan kenaikan gaji extravaganza kepada beliau sendiri selaku KM, dan ahli2 dewan undangan negeri termasuk speaker dan timbalannya....

kenaikan tersebut langsung tidak menjadi isu di media malahan dipuji sebagai satu tindakan yang tepat bersesuaian dengan keadaan semasa....langsung xdilakukan penilaian dan perbezaan antara gaji yang diterima KM dan PM walhal perbezaan tersebut amatlah ketara......

aku xberapa kesah dengan benda ni...biasalah....media dia punya....sukati la dia nak hentam ke, dia nak puji ke.....tapi yang aku teramat pelik, si macai xreti ke nak pk benda yang dah jadi di depan mata....ianya terang lagi bersuluh...ianya isu yang besar sebesar gajah....tapi masih kau xnampak.....memang buta hati betol...tula...orang suh blaja dgn ulama' kau lari.....kan hati dah itam......sampai kena klentong bulat2 dari lahir sampai mati, 7 keturunan plak tu....

bila tok khalid naikan gaji untuk dun dan speaker kerajaan selangor, mula kau tak puas ati....mula kau nak melalak...mula kau nak hentam macam2.....memang dasar melayu buta sejarah...patutlah mat sembap jadikan sejarah subjek wajib lulus spm skang, padahal melayu jadik macam ni hasil buatan tangan depa sendri....

cuba buka hati dan minda....tgk apa yang dah dilakukan di selangor....kau bezakan dgn zaman toyo dan sebelumnya....betol kata kau dieorang selaku pemimpin kena utamakan rakyat dulu sebelum penuhkan tempolok sendri...statement yg sangat tepat, dan aku sokong 100%.....

masalah2nya pemimpin2 kau dari ameno be end tu buat macam tu ke selama stgh abad memerintah ni.....yang kat sarawak tu masih ada lagi kawasan yang takde elektrik, xde air, xblh masuk kenderaan, xde fasiliti2 yang penting, masih lagi miskin, masih lagi tiada didikan formal, masih lagi tiada pengetahuan agama walaupun asas....apa cer kau nak naikan gaji sampai 39k untuk seorang KM yang tak mampu majukan negeri selepas 30 tahun lebih memerintah.....apa alasan munasarawak korang wahai si macai....cer cite,cer citer.......

p/s : sapa berani sentuh taib mahmud??????takde angry bird punya pm......