Thursday 26 December 2013

kenapa mat sabu????

lama menyepi dari menulis adalah kerana kekangan masa. ditambah pula dengan percutian bersama keluarga tersayang sempena cuti sekolah, selain dari keadaan kesihatan yang tidak berapa memberangsangkan....

namun dalam pada itu, hal ehwal semasa tidak aku lepas tatap terutamanya isu2 perhimpunan agung ameno aritu di mana johan naib presiden dengan gahnya mengaitkan mat sabu sebagai pengikut tegar syiah....

disokong oleh balaci2 nya yang memaklumkan ada bukti kelas A berkaitan dengan tuduhan tersebut....wow....very2 tidak memeranjatkan....dan sampai sekarang aku tertanya tanya apa buktinya???kata nak sebarkan kepada umum????kenapa senyap walaupun tajuk berita sebesar besar anak gajah di muka depan utusan mingguan????

ini semua sememangnya permainan ameno...fitnah dan tuduhan tidak berasas sememangnya menjadi makanan mereka....dari dulu,kini dan mungkin selama lamanya....walau sampai harini ini bukti kelas A yang digembar gemburkan tu masih lagi belum dikeluarkan, dan mereka dengan bangga dan bangangnya menyuruh agar mat sabu mengemukakan bukti bagi menunjukan yang beliau bukan pengikut syiah, aku tetap percaya, sekiranya benar mereka mahu jatuhkan mat sabu, mereka akan berjaya....Sebab???

sebab mereka telah buktikan bagaimana mereka telah jatuhkan anwar ibrahim dengan sekelip mata, menggunakan fitnah yang telah dirancang rapi walaupun rakyat menolak ketidak logikan bahan2 bukti yang sememangnya telah direka...

soalnya skrg, kenapa mat sabu?????bukan TGNA atau pun TG Haji Hadi????jawapannya mudah....

mat sabu adalah seorang yang amat lantang bersuara dan tidak takut dengan musuh. Kehebatan pidatonya mampu mempengaruhi rakyat untuk menolak sekeras kerasnya kepimpinan kerajaan ameno be end, keberaniannya menentang kezaliman mampu untuk mebuatkan ameno sukar melaksanakan keja2 dosa mereka dengan mudah (walaupun ianya tetap diteruskan), dan yang paling amat ditakuti sekarang, mat sabu mempunyai pengaruh yang kuat untuk membawa rakyat jelata turun di jalanan sebagai demosnstrasi membantah tindakan kerajaan atas kenaikan harga barangan dan perkhidmatan seperti mana yang telah dilakukan semasa BERSIH 1 dan 2 dulu.

kehebatan dan pengaruh mat sabu memenag terserlah..walaupun tewas dalam pilihanraya umum mat sabu masih boleh memenangi kerusi timbalan presiden pas, yang mana ameno amat mengharapkan agar beliau kecundang....kemenangan mat sabu menguatkan lagi pengaruh beliau di dalam pas dan mampu untuk meneruskan kesinambungan untuk menentang kerajaan dengan kempen2 anti kerajaan dengan berterusan....siapa lagi selain beliau yang kita nampak begitu energatic dalam melaksanakan program2 anti kerajaan akhir2 ni????takde kan....

dan yang terakhir bagi aku, dengan menghapuskan mat sabu ameno merasakan mereka mampu menghapuskan ikatan di dalam pakatan rakyat....tidak dinafikan hubungan antara pas, dap dan pkr ada masanya amat dingin dan tidak salah jika dikatakan sering dingin (biasalah hidup rumah tangga)....namun ikatan tersebut masih lagi kukuh atas izin Allah dengan adanya kepimpinan mat sabu yang dilihat amat akrab dengan barisan kepimpinan pkr dan dap dengan imejnya yang profesional...jadi dengan adanya mat sabu sebagai pemimpin nombor 2 pas menjadi halangan besar bagi ameno untuk melihat ikatan pakatan rakyat berkubur....

nak ikutkan, serius sangatkah isu syiah di mata ameno????adakah syiah ni satu ajaran yang baru wujud????tak...ianya dah lama menapak di Malaysia, berzaman dah...tapi kenapa sekarang baru nak menunjukan kesungguhan....dulu semasa isu syiah dibangkitkan pas oleh Almarhum Us. Fadhil kenapa ada menteri di jabatan perdana menteri yang memegang portfolio agama membisu???kenapa ada keluar statement dari mereka yang mengatakan syiah tidak salah, syiah tidak berbahaya...ianya hanya fahaman????kenapa tak banteras syiah betul2 macam mana mereka banteras Al Arqam sampai licin????kenapa tak hapuskan je syiah macam mana mereka hapuskan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut2 nya?

ameno...ameno....permainan kau tak habis dengan budaya yang kotor dan keji.....nak suruh mat sabu jawab tuduhan????....undang2 apa kau pakai???sampai arini sikit habuk pon aku x pernah dengan jawapan najib jawap tuduhan pasal bunuh altantunya....dasar bila bercakap pakai lutut...tula...banyak makan benda haram lagi...kan dah bodo....

1 comment:

  1. Nak buat mcm mana..ni lah nasib negara kita ada pemimpim mcm ni..

    ReplyDelete