Sunday 29 December 2013

pesanan sahaja...

kepada sahabat2 yang akan turun pada 31 Disember ini (esok)....

sedikit pesanan,peringatan dan nasihat dari hamba.....

1.Ingat....demo kali ni malam....lebih mudah puak depa lakukan sabotaj.....macam padamkan lampu jalan dan sebagainya....kena pikirkan jangkaan2 yang akan terjadi..... sentiasa bersedia...




2. Niatkan dari mula keluar rumah kerana Allah taala....untuk kita bersama sama memperjuangkan hak sebagai rakyat dan memberi tekanan kepada pemimpin yang sekular....



3. Sepanjang demo penuhkan dengan zikrullah supaya dapat keberkatan apa yang dilakukan. Jangan lupa tunaikan solat isyak dahulu....


4. Jangan lakukan provokasi kepada sesiapa sahaja esp polis,fru dan puak2 mereka...kita gentleman...bukan nak gaduh....kita nak buat secara aman...kalau boleh lemparkan senyuman....antara dieorang gak ada puak2 kita cuma terpaksa kerana tugas...

5. Pakai baju lengan PANJANG, seluar PANJANG dan BERKASUT. Kalau kena canister, lengan dan kaki tak gatal.

6.Sediakan BEG yang berisi sebotol AIR minum, GARAM, TUALA MUKA, PEMBALUT LUKA, PLASTER LUKA, TOPENG JEREBU paling kurang. Kalau di tembak canister, muka akan pedih dan panas, JANGAN CURAH AIR ke muka!. Basahkan TUALA dengan AIR dan sapu muka serta tekup mulut & hidung dengan tuala basah. Canister akan membakar udara di sekeliling yang buat kita payah nak bernafas, walaupun jarak 500 meter, akan terasa bahang. Tuala basah akan terus memberi oksigen. Serta kemam garam untuk terus segar dan elak pitam.

7. Jikalau canister di tembak, jangan lari kelam kabut, tenang dan cari jalan keluar dari orang ramai. Selamatkan diri dan jangan melawan arah

8.Pastikan handphone di cas penuh dan ada backup phone untuk membuat panggilan kecemasan sesama kawan

9. Jangan berjalan berseorangan, pastikan ada group kecil 3-4 orang jika terpecah.

10. Elakkan dari rapat dengan orang yang berbadan sasa, berpakian kemas, tak berjanggut, hanya bermisai kalau ada, baju tight in..di khuatiri SB.

11. Paling Penting  JANGAN BAWA SENJATA! Kita berdemo dengan aman untuk tunjuk bantahan, bukan berperang dengan pihak berkuasa. 


12. Kalau kena tangkap jangan gelabah dan melawan....ikut je....insyaallah ada yang akan dtg membantu nanti....kerana kita tentera  ALLAH...yakin sahaja...

Ya Rab....kami ini terdesak,kami lakukan ini sebagai bantahan secara aman kepada mereka yang menindas....bukakanlah hati mereka untuk mendengar luahan kami, dan tidak berlaku kejam dan zalim terhadap kami....selamatkanlah kami dan seluruh ahli keluarga kami...sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segala apa yang terbaik buat kami, dan Kaulah yang berkuasa di atas segala apa yang ada di atas muka bumi ini.....

No comments:

Post a Comment