Thursday 28 November 2013

tolong kami

dalam 3 minggu lepas tok nan mb negeri yang makmur terkena penyakit kencing tikus. penyakit ni memang digeruni kerana kepantasan virus melumpuhkan sistem badan hingga boleh membawa maut tak kurang 10 hari selepas dijangkiti.

boleh kata sesapa yang disahkan terkena penyakit ni dah boleh lah bawak2 bertaubat di atas dosa2 silam dan menurunkan apa2 wasiat kepada waris sebab kebiasaanya chances untuk pulih adalah rendah. sehingga hari ini memang dah ramai yang maut dengan penyakit ni. insan yang aku kenal (suami kepada sahabat) pernah menjadi mangsa pada tahun 2010, 2 artis kita Allayarham din beramboi dan izwan pilus juga meninggal disebabkan penyakit ni, dan beberapa berita di surat khabar membabitkan orang awam juga pernah menggemparkan negara.

yang pernah selamat dari maut selepas dijangkiti penyakit ini ada sorang yang ku kenali, nama samarannya guchi seorang pensyarah berbangsa sikh dan terbaru adalah tok nan sndri. ianya adalah bantuan Allah, manusia hanya berusaha merawat.

tok nan dapatkan rawatan di prince court,salah satu hospital terbaik dan termahal di negara kita. tgk nama dah tau mahal. tgk nama dah tau hebat...sebagai pemimpin utama kerajaan aku agak musykil kenapa beliau tidak dirawat di hospital kerajaan. adakah beliau tidak yakin dengan kualiti perubatan yang ada di hospital kerajaan????bukankah perkhidmatan dan tenaga pakar di sana adalah yang terbaik berbanding dengan hospital2 lain....kalau tak takkan ianya disediakan kepada majoriti rakyat kerana setiap apa yang diberikan kepada majoriti rakyat mestilah yang terbaik daripada yang lain...

sekiranya tok nan nak dapatkan rawatan yang terbaik bermaksud rawatan di hospital kerajaan tidak berapa baik. tapi rawatan yang tidak berapa baik itulah yang disediakan kepada rakyat. rakyat tidak mampu ke prince court. hospital swasta yang lebih rendah nilai bayarannya juga rakyat tidak mampu . tetapi kesihatan amat penting, tanpa kesihatan terencat semua aktiviti termasuk ibadah yang dilakukan tidak berkualiti berbading di masa sihat. nak tak nak rakyat terpaksa mendapatkan rawatan di tempat yang kurang berkualiti berbeza dengan pemimpin yang mendapatkan rawatan di tempat yang berkualiti.

berapa ramai rakyat yang terkorban disebabkan virus tersebut. sudah ajal memang betul tapi perlu lihat dari sudut usaha melahirkan kepakaran dan mewujudkan kualiti perkhidmatan. adakah untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang baik rakyat perlu membayar sejumlah wang?????

rakyat yang sihat melahirkan rakyat yang cerdas dan mampu menjadi aset utama negara...jadik mana lebih penting?????pembangunan fizikal sana sini ke pembangunan kesihatan rakyat?????berilah perkhidmatan kesihatan yang paling berkualiti secara percuma ataupun mampu milik kepada rakyat. janganlah nak makan sorang je. kasihan lah kami yang juga berpenyakit ini.....

cai bersorak girang

lama cai nantikan saat2 ni....nak cari point hentam puak2 pakatan....biasalah, nak cari kesalahan orang yang benar agak susah berbanding nak cari kesalahan orang yang sememangnya salah....benar xkan selamanya, sbb selagi namanya manusia akan juga lakukan kesalahan....kalau sentiasa benar dia bukanlah manusia biasa,dia adalah nabi....kalau sentiasa buat salah juga dia bukan manusia tapi dia adalah syaitan...:-)

pengumuman kenaikan gaji untuk pemimpin negeri selangor menjadi point besar kpd cai....yang bestnya dia pulak panggil kita macai.....hehehe...xpela.....mereka memang tidak kreatif....kalau budget pon ditiru inikan perkara kecil seperti panggilan manja cai tu.....

aku bukan penganalisa profesional....cuma membuat andaian dari pemerhatian dan pengalaman yang x sebesar mana.katanya gaji mb lebih besar dari pm....beza nya 7 riban......tapi cai lupa...itu pendapatan dalam slip gaji, yang  hasil projeknya....????kalau tidak masakan mampu pm dan  menteri2 hidup mewah dengan gaji sebanyk tu....14 k dan 22 k bukanlah banyak sehingga mampu memiliki aset berbilion ringgit.....kan????

xmau bersembang panjang, kesimpulannya.....sekurang kurang kerajaan sel naik gaji, dun ameno be end pon merasa.... ameno be end bertahun tahun naikan harga barang tapi dia sorang je yang merasa......

Monday 25 November 2013

Semoga Johor dilimpah rahmat

johor kembali seperti asal, bercuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu....diam mat sembap yang dulunya menukar,diam si madey yang dulu katanya cuti pada hari2 berkenaan akan merencatkan perkembangan ekonomi negara...diam semua pak menteri yang slalunya tegar mempertahankan ketua mereka.....mungkin kecut dengan arahan sultan....atau ada taktik dan agenda tersendiri......semua senyap.....yang bising nya macai2 di kedai kopi saja,sebab macai tak takut dengan sesiapa termasuk sultan, macai hanya takut kepada Allah.....

kata seorang macai...kalau alasan pasal semayang jumaat tu hari cuti mingguan diubah memang xreleven, sebab ianya bergantung kepada niat seseorang tu, kalau seseorang tu memang jenis pemalas semayang, bagi cuti pon tak guna, dia tak kan pegi jugak.....

saudara ni memang layak bergelar macai sbb pikirannya begitu...kalau dia bukan macai akalnya lebih panjang sedikit...memang la kalau jenis pemalas semayang, bagi cuti pun dia xkan pergi semayang, dia lagi suka sbb boleh melepak kat shopping kompleks dari pagi sampai malam, xpun tido dari malam semalam then bangun tido kul 3 4 petang......

tapi sekurang kurangnya cuti ni boleh jadi kemudahan kepada orang2 yang rajin semayang dan beribadah, bukan macam lu macai.....dengan kemudahan cuti dapat la orang2 lain melakukan perkara sunat dari awal pagi sampai la ke petangnya......

mesti cai xtau kan apa perkara sunat untuk raikan kehadiran jumaat...?????ha ni aku bgtau skit...lepas ni jangan kata aku bongkak lak....

1. subuh berjemaah (baca surah sajadah)

2. banyakan selawat, istigfar, tasbih,tahmid,takbir dan zikir2 lain

3. banyakan baca Al Quran terutamanya surah al kahfi dan al mulk

4. buang bulu yang berkenaan dan kuku2

5. mandi sunat jumaat

6. memakai bau bauan

7.memakai pakaian khas yang cantik dan kemas

8.datang awal ke masjid niat iqtiqaf

dan banyak lagi....

jadi, dengan kemudahan cuti dapat la orang2 ni lakukan perkara2 sunat ni..kalau xcuti lu agak2 sempat ke buat bende2 ni semua????ni ak, lu pikir situasi orang2 macam lu, tu pasal la lu protes cai....kalau g semayang pon tggu khutbah dah habis, lepas salam trus cabut minum cendol bawah pokok sambil isap rokok....memang sampai kiamat la lu tak nampak kelebihan cuti hari jumaat....

lagi satu, itu tanggungjawab seorang pemimpin....sok dia yang nak kena tanya bukannya lu....sekurang kurangnya dia boleh jawab dia dah berusaha memudahkan rakyatnya untuk beribadat pada hari jumaat dengan memberi cuti...lu tak nak pegi ke,lu nak pegi lewat ke itu lu pnya pasal la....janji tanggungjawab dia dah lepas...

sama gak la macam hudud, qisas dan ta'zir....tanggungjawab pemimpin adalah mengadakan undang2 tersebut...kalau dah ada undang2 tu masih lagi ada kes curi, zina, bunuh, pemimpin dah boleh kata lepasla dia dari dipertanggungjawabkan sebab dia dah berusaha jalankan pemerintahan ikut kehendak Allah...

tula....ngaji dg ameno lagi...kan dah xreti nak berpikir.....(emosi).

janji palsu

bagi aku, setiap musim EPL pasukan yang paling berkokok ialah spurs. ia tiada dalam sejarah utama. tapi cara ia berkokok seperti ia adalah the big 4 setiap tahun.....

padahal ianya standard2 team2 uefa je...itupun bagi aku lebih baik everton yang low profil, tapi boleh kata tiap2 tahun jadi antara pencabar lasak team big 4....dalam tak da apa tu spurs tetap berkokok ibarat dia lebih hebat dari gunners di utara london...tak pasti la sejarah mana yang diambil tu, tapi tiap2 tahun resultnya serupa....yang media pon aku x paham duk cite yang spurs tu pesaing utama liga....

percalah...walaupun dia pernah ada pemain termahal dunia (bale), pemain ala2 messi (katanya....eric lamela), coach ala2 mourinho (avb)...mereka saban tahun akan tetap dengan janji2 palsunya....


Friday 22 November 2013

syukur

kepimpinan sekular

kehidupan terhimpit dan terdesak

kos sara hidup meningkat

cukai makin diperbanyakan dan ditingkatkan

purata gaji masih di takuk lama

pendapatan negara disalah guna

masalah sosial semakin parah

rohaniah dan spiritual kehausan didikan

ancaman,ugutan dan bunuh menjadi mainan

macam2 lagi...mustahil boleh nyatakan semua sebab terlalu banyak....tetapi walau apa pun terjadi dan mereka lakukan...rakyat dipaksa BERSYUKUR.....



subramaniam dan kereta nya

subramaniam kemalangan 4 hari lepas...dia selamat,pemandunya cedera teruk....salam takziah daripadaku selaku insan biasa....

cuma nak tanya dato'????macam mana boleh eksiden???mesti pakai kereta lebih 12 tahun kan????udah2 la tu dato'...elok lupus kan aje....ops,tak jadik ek kuatkuasakan dasar tu?????ok, baru tau....so dato' boleh terus gunakan kereta tu yer.....

*walaupun cadangan tersebut tidak diterima, tapi cadangan tersebut tetap menjadi sejarah sebagai antara cadangan ter'bijak' yang aku pernah dengar.....

Thursday 21 November 2013

kisah semalam

semalam aku ke tampin, hantar insan tersayang untuk satu sessi taklimat...so disebabkan taklimat tu bermula jam 8 pagi dan dijangka tamat jam 5 petang aku ambil keputusan untuk stay kat library tampin....boleh jugak baca2 apa yang patut n update blog....

tapi sayang, bila sampai lib, baru bukak lappy akak kaunter dah sound secara kasar....

- nak guna plug ke????

- sejam je boleh......

- lebih dari tu x dibenarkan.....

- tulis nama dalam buku ni....

dia cakap direct 4 sentence ayat tanpa aku balas seabjad pon.........

aku kebuntuan...xpelik dgn nada kasar tu...aku dah biasa jumpa org jaga kaunter yang xberakhlak macam tu...yg aku pelik lib apa macam ni????dah la buruk,plug pon boleh guna sejam je?????lappy aku dah la bateri kong....nak duduk sampai pukul 5...apa aku nak buat?????

hampeh punya pengurusan....patutnya kau bersyukur aku datang ni...silap2 dalam tahun ni aku sorg je yang datang lib ni...dah macam rumah hantu dah aku tgk....(penuh dgn emosi)

penyudahnya aku terus kemas dan blah....lepak kopitiam lagi bagus....duduk smpai petang pon xde hal....duit je kopak asyik order minum.....


tazkirah 4

sekadar perkongsian di hari jumaat yang penuh rahmat....

sekiranya ada diantara kita yang ingin berubah ke arah kebaikan....tetapi sentiasa dihalang oleh hati yang masih lagi belum suci sepenuhnya....janganlah sesekali berputus asa kerana rahmat dan hidayah Allah itu amatlah besar...perbanyak istighfar agar segala dosa diampunkan dan sentiasa bertaubat dan menyesal diatas segala ketelanjuran sambil berharap sepenuhnya penerimaan Allah....

pebanyakkan melakukan perkara sunnat terutamanya solat malam, bersedekah dan membaca Al Quran bersama maksudnya....jika tidak mampu melaksanakannya pelbanyakkanlah berselawat dengan sepenuh ikhlas dan tawadduk...

ingat nabi pernah bersabda.sesiapa yang berselawat sekali kepada aku maka Allah akan berselawat sepuluh kali kepadanya.....


sekiranya sepanjang hayat seseorang malakukan amal dengan penuh ketaatan lalu Allah memberikan satu selawat ke atasnya nescaya satu selawat berkenaan lebih berat daripada segala amal kebajikan yang telah dilakukan sepanjang hayatnya....ini baru satu selawat...kalau 10 kali selawat seperti hadith tadi????xbahagia hidup....

jadik ringan2kan lah mulut dan lapang2 kan lah masa untuk berselawat ke junjungan baginda rasulallah s.a.w....

berkongsi

ini pesan dari guru saya (bunyi gempak kan???tapi kan nabi dah pesan,biar diajar satu huruf pon....dia adalah guru)....amalkan dalam kehidupan membaca

hasbiyallah...wani'malwakil
fani'malmaula....mani'mannasir

dengan jumlah yang tertentu secara istiqamah,pagi dan petang....

ia bermaksud...

cukuplah Allah bagi ku,sebagai sebaik baik penolong,
sebagai sebaik baik pelindung dan sebaik baik pengawal....

insyaAllah akan mendidik diri untuk sentiasa pasrah dan bersandar sepenuhnya kepada Allah walau apa jua keadaan...

iaanya juga boleh menjadi pendinding dari sebarang gangguan fizikal dan spritual dengan izinNya....

kenapa?????

post ni mungkin agak kurang sopan....tapi aku nak post jugak...sbb bagi aku ini memudahkan pemahaman bagi yang beku pemikirannya.....

kenapa aku kutuk kerajaan....????

dah la kutuk...boleh kata setiap hari lak tu...xpenat ke????

em.....macam ni....

kenapa kita berak????

boleh kata berak setiap hari lak tu????

benda yang kotor buat apa nak simpan lama2.....kasi buang la....kalau simpan akan memudaratkan kita.....kalau najis disimpan, macam2 implikasi kesihatan yang kita akan dapat.....ameno be end kalau kita simpan lama??????em....korang pk sendiri la...kalau aku taip 5 hari pon xhabis.....banyak sangat....

cerita suka-suka

nak tau satu cite?????mengenai kak mah diabetis yang gi qatar tu.....

la...cite tu lagi?????memang la....slagi aku xpuas ati aku akan cite sampai mati....hahahahha

rupa2nya hal ni dah masuk parlimen....aku baru tau....lambatnya aku.....lambat tau...bukan lembap....kalau lembap aku dah jadik menteri.....

si noh (bukan noh hujan tau....tapi mb bayang selangor) beria mempertahankan tindakan kak mah menggunakan jet peribadi dan mengadakan lawatan atas dasar kerajaan.....betol tak cakap aku????nak jadik menteri bukan susah,hanya perlu menjadi bodo....hahahaha.....

malas aku nak ceritakan sapa kak mah dalam pentadbiran kerajaan kita sehingga melayakkan dia mewakili kerajaan dan menggunakan fasiliti2 tersebut.....korang semua rasanya lebih arif tentang tu (kecuali macai)

aku just nak share satu cite yang klaka....ada sorang macai di fb pon duk sokong tindakan kak mah tu......katanya keje pm ni bz....mana ada masa nak g semua tempat...jadik dia kena la agih2 kan tugas dan apa salahnya kalau wife dia wakilkan dia....tahniah ameno kerana berjaya menjadikan org melayu bijak, sebijak pemimpinnya...

esok2 bagi mereka yang dah berkahwin....kalau rasa penat atau terlalu bz boleh lah wakilkan pasangan korang wakilkan korang pergi kerja.....

jadik disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah,secara automatiknya aku nak wakilkan orang umah aku yang juga seorang guru untuk bercuti, duduk di rumah....

bosss,tolong jangan carik aku.....

Wednesday 20 November 2013

agama suku,lagha suku,rakyat 3 suku

ini ialah malaysia.....dimana menteri nya islam,agamanya rasminya konon2 islam....rakyatnya majoriti islam.....

mereka ingat islam suku dari kehidupan....3/4 lagi boleh dengan kehidupan sekular.....dah selesai solat,puasa,zakat dan naik haji, lengkaplah islam mereka...maka boleh la membuat perkara2 mungkar untuk kepuasan hidup kemudian mempertahankan kalimah Allah dengan sepenuh perasaan  dan akhirnya mati mengharapkan syurga.....ini lah pegangan mereka yang penuh kemunafikan...mencampurkan perkara hak bersama yang batil...yang halal bersama yang haram....

pernah keluar statemnt dari sang macai di depan ku, bila ada segolongan yang mempertikaikan organisasi membuat pertandingan karaoke di malam jumaat....katanya hidup xkan nak baca yassin je....hiburan pon kena jugak....yassin tetap kita baca....karaoke start jam 9 malam...lepas baca yassin kita karaoke la....macai tersebut tak salah sepenuhnya...kerana dia tenggelam dengan didikan sekular dari puak ameno....

didikan ameno dari dulu hingga kini tidak pernah membuang islam...tetapi mereka mengharamkan roh islam....penghayatan islam biarlah sederhana...cukup dengan ibadat khusus, solat 5 minit selebihnya berlibur....sampailah mati......

diberikan....

karnival raudhah yang penuh islamik.....diberikan jugak jom heboh yang penuh batil

ditayangkan....

tanyalah ustaz yang bicarakan agama....ditayangkan jugak rosalinda yang duk tayang dada

dianjurkan ....

tilawah alquran diperingkat antarabangsa....dianjurkan jugak konsert2 kpop  yang penuh perkara cela....

pemimpin tu la yang rasmikan program agama....pemimpin tu la yang rasmikan program lagha....

kau duk marah kat karpal sbb selalu carik pasal dgn islam...
bagusla...maknanya kau sensitif dengan agama...
tapi kau kena lebih sensitip lagi....

karpal hina agama sebb dia bukan islam.....
yang islam hina agama sndri apa cite?????kau duk diam babi buta ????
siap bagi sokongan tak terkira...????
puas orang tarbiah kau cakap kau umno selamanya.....dasar macai tu macai jugak....

moga Allah berikan hidayah dan bukakan hati kita semua untuk menentang kebatilan....

oh malaysiaku

dulu dia pernah dipinggirkan....kemudian kembali mendapat tempat.....kali ini bukan sebagai menteri yang besar...tetapi sebagai menteri di barisan kabinet jibby....nadanya memang lantang....tapi seperti kelaziman menteri...bunyik saja lantang....isinya bodo....

dulu dia keluarkan statement malaysia bebas rasuah....aku mintak tolong kat sapa2 yang kenal dia bawak dia ke wad gile....tapi tak dibawa bawa....ternyata takde yang kenal dia....

semalam die berkokok lagi....benar kata UAI...kalau bodo duk senyap....baru org tak tau,kita bodo ke cerdik....dan keluar suara orang terus tau kita ni bodo....macam tu la umpamanya dia ni.....

katanya rakyat kena hargai usaha dan penat lelah kak mah diabetis...

tepuk dahi aku dgn statement tu....penat lelah apanya????dia sapa?????apa yang dia dah buat sampai penat dan kene hargai????

penat bawak rambut kembang????penat bawak cincin berlian besar ngan handbag birkin???penat bawak badan yang bulat dari qatar ke india?????

hai la malaysia....balasan dari menolak hukum Allah....

bola punya cite

malaysia tanah air ku....

sebelum game cakap lebat,rahsia qatar ada dalam tangan....

main kalah budak skolah....bila kena kritik dgn bos,emo.....balas cakap suruh bos yang main,nak tgk mcm mana....

bodo....patutla main bola pon xkemana.....kau yang training hari2.....kau yang dapat gaji ngalahkan bos2 kau.....kau yang dapat insentif dan kemudahan....lepas tu org kritik kau suruh org yang kritik main.....

kami sentiasa sokong,sebab ini negara kami....cuma kami xsokong player dan pengurusan bodo main dan uruskan team negara kami......

we want piya in national squad......!!!!!!!

masih cerita kereta.....






cerita dasar kereta tak habis lagi....sebab apa????sebab aku salah sorang dari berjuta rakyat malaysia (termasuk macai) yang menggunakan kereta buruk.....

katanya dasar macam tu perlu dibuat untuk keselamatan pengguna....kereta yang umurnya atas 12 tahun dah tak selamat untuk dipandu.....terlupa si pemimpin untuk merujuk 'ulama' muda mereka yang sering mengeluarkan fatwa sendiri.....bahawa semua yang terjadi tu atas qada' dan qadar dari Allah...samada kereta yang umurnya setahun,5 tahun, 12 tahun atau 20 tahun....kalau nak eksiden tu eksiden jugak....

kat atas tu gambar kereta yang aku anggarkan baru 2-3 tahun digunakan terlibat dengan nahas....jadik aku rasa alasan keselamatan bagi kereta yang melebihi 12 tahun amat tak releven....patutnya buat dasar kereta kena tukar hari2.....barulah paling selamat.....

*jpj berani keluarkan statistik kemalangan yang melibatkan kenderaan lebih 12 tahun dan kurang 12 tahun....?????kita tgk kena tak alasan depa dengan statistik....maklumlah....dieorang ni blaja sampai phd tapi tak pernah gunakan ilmu yang dia belajar praktikkan dalam kehidupan.....cakap guna lutut....

12 tahun dan lebih 50 tahun,mana lagi bahaya?????

aku pernah bagitau sebelum ni...nak jadi menteri tak susah...antara kriterianya adalah bodoh.....

selepas beberapa orang menteri yang telah mengeluarkan statement bodoh tu, muncul pula sorang lagi yang nak bersaing menunjukan siapa lagi bodoh....

beliau (layak ke guna gelaran ni???) mencadangkan yang kereta lebih 12 tahun dilupuskan atas faktor keselamatan......

itu benda yang 12 tahun dah dianggap tak selamat dan perlu dilupuskan....benda yang dah lebih 50 tahun cmana pulak...???mesti lagi tak selamat dan amat wajib dilupuskan....betul tak???

cer teka bnd apa lebih 50 tahun?????





YE BETOOOOOLLLLL.......

jawapannya ..................................AMENO.....!!!!!!

aku dan tok siak di sebuah masjid

satu hari aku singgah solat maghrib di sebuah masjid....masjid ni di tepi jalan di kawasan perkampungan....memang jalan ni laluan aku pulang ke rumah setiap hari dari tempat kerja...masa tu memang dah terlalu lewat,hampir jam 8 malam, aku bergegas wudhuk dan bersiap solat....

dalam masjid hanya ada sorang mamat (dalam 40 an). Dia duk perhatikan aku (gaya pandangan x puas ati) dari aku masuk masjid, amik wudhuk sampai la nak semayang....(aku rasa macam dalam hatinya berkata sapa pulak budak ni....tak pernah nampak pun????suka2 je masuk masjid kampung aku....aku pun menjawab dalam hati, masjid ni rumah Allah...milik semua org...jangan berperangai macam orang ameno boleh tak????)

tetiba aku tersedar dari lamunan...Ya Rab....setan punya angkara....aku dah buruk sangka kat mamat ni sampai terganggu solat aku....(tapi serius,mamat tu memang pandang slack...ah lantak kau la).....

habis je solat aku terus ke tabung derma....dalam hati aku, hebat masjid ni....peti derma bapaakkkk besssaarrrr.....siap konkrit dengan tiang masjid....dia punya mangga toksah cite la.....besar 2 penumbuk.....fizikal tabung tu memang mengghairahkan aku nak menderma....

mamat tadi masih lagi perhatikan aku.....xletih agaknya...sampailah aku amik duit dan letakkan duit dalam tabung tu....tetiba dia bersuara.....

mamat tu : dik, kenapa letak duit dalam tabung tu...???tabung  tu dah tak pakai....

aku :  ait....kenapa pulak tak pakai....???

mamat tu : tabung tu kunci dia dah hilang....nak amik duit dalam tu cmana????orang semua derma dalam tabung hujung tu....(sambil tangan tunjuk ke arah tabung lain)

dalam hati aku,siot...yang kau duk tgk aku dari tadi napa xsound awal2.....saje nak cari pasal....tapi xpe...sabar......aku layan je dia.....

aku : la...yeke...saya mana la tau....kenapa tak tutup je lubang tabung ni, tak pun tulis besar2 kata rosak....

mamat tu : semua orang tau tabung tu tak guna....

aku : itu orang kampung ni...saya bukan orang kampung ni...mana nak tau....masjid ni dah la jalan utama...brapa ramai lak orang singgah bagi derma.....mesti banyak duit dalam ni....tak boleh nak potong ke mangga ni...???

mamat tu : nak potong pakai apa???kau tak nampak besar tu????buat letih je nak potong....bukan ada duit pon...kau sorang je yang derma dalam ni....

aku :  mana abg tau xde orang derma????

mamat tu : aku siak sini...memang jaga masjid ni....aku tau la....

aku : (ooo...tok siak ek.....mesti macai ni...).....rugi la saya macam ni.....duit dah letakdalam ni...mcm mana ni bang???

mamat tu : nak rugi apa nya.....stakat singgit je bia la dalam tu...

aku : singgit apanya bang....saya letak seratus tu...RM50 2 keping....tu yang saya kata rugi...kalau tak xde la nak bising2 cmni...

mamat tu :  haaa....????seratus?????la aku ingat kan singgit tadi.....jap...(abg tu g stor blakang)

aku pelik, apa pulak yang mamat ni nak buat....tetiba dia datang dgn tool box.....

mamat tu : ni ada gergaji, meh aku potong....ingat kan kau letak singgit je tadi....

mamat tu pun dengan gigihnya potong mangga tu....aku mintak diri dengan baik sebab perjalanan jauh lagi dan hari lewat malam...

dalam kete aku gelak sorg2...padan la muka kau mamat.....jenuh la kau nak potong bapak mangga tu.....aku kelentong kau je tadi....memang aku letak singgit je pon.....

hati aku puas.....


this is sg limau

ni cite sungai limau haritu, mungkin dah basi bagi macai....tapi tidak bagi kami....ianya adalah sejarah yang perlu diceritakan.....

ketika sibuk berkempen, puak2 nun (ameno be end) duk bising, kata mereka ustaz azam dan wakil2 pas duk guna pendekatan murahan sebab 'menjual' nama dan imej Allayarham ustaz azizan kepada rakyat sg. limau....antaranya mengatakan kepada rakyat yang ustaz azam ni adalah anak murid kepada ustaz azizan, menggunakan gambar2 ustaz azizan di poster kempen dan pelbagai lagi....konon2 dengan cara itu pas dapat memenangi hati pengundi sg limau....

umum sedia tahu yang ustaz azizan memang seorang yang amat berpengaruh di sg limau....andaikata ustaz azizan mewakili ameno pun nescaya beliau akan memenangi juga kerusi dun berkenaan.....begitu kuatnya pengaruh beliau, bukan kerana parti tetapi lebih kepada kekuatan individu....

sedari awal ustaz azizan memang orang pas...jadi pas menggunakan kelebihan ustaz azizan yang sememangnya ahli pas itu sebagai satu strategi 'peperangan'...andai kata puak2 nun kata ianya strategi murahan terpulanglah...mereka sentiasa ada tanggapan kurang bijak mereka....orang kurang bijak juga mempunyai hak bersuara bagi menunjukan yang mereka itu bijak.....dan ternyata 47% mengakui mereka itu bijak....

berbalik kepada citer tadi....yang peliknya, kebanyakan poster2 kempen ameno be end di sungai limau bukanlah tertera gambar wakil yang bertanding,dr suhaimi....tetapi mereka lebih banyak memaparkan wajah mb muda mereka sehingga meneggelamkan wajah sebenar orang yang hendak bertanding.....mungkin tidak yakin dengan kekuatan yang ada pada calon atau terlebih yakin yang mb mempunyai aura untuk mempengaruhi pengundi2 seperti bapanya tun madey....

punyalah nak mempengaruhi pengundi sampai wajah di poster pun diletakkan wajah mb...tapi xpelah...apabila ianya kempen puak2 nun...ianya adalah kempen yang mahal...tidak boleh disebut sebagai kempen yang murahan...

tapi itu bukanlah perkara menarik yang hendak diceritakan.....yang menariknya bila ada poster2 yang menunjukan mb muda tersebut bersalaman dengan Allayarham ustaz azizan dan ada juga statement yang menerangkan mb muda tersebut akrab dengan Almarhum....

kepada para penyokong tegar pas, tuan2 boleh abaikan perkara ini kerana tuan2 telah sedia maklum dengan kempen 'mahalan' mereka....tetapi bagi mereka yang diatas pagar dan sekelian macai, tuan2 dialu alukan untuk memikirkan motip perkara tersebut dilakukan?????

dah fikir????

jadi, sekarang siapa sebenarnya yang murahan????puak2 nun atau pas????pas gunakan nama dan imej Allahyarham ustaz azizan adalah logik dan releven.....almarhum memang orang pas...dan untuk menyambung legasi perjuangan Almarhum adalah tidak mustahil kerana mereka dari kapal yang sama.....

tapi yang puak2 nun tetiba guna nama dan imej almarhum apa kene mengena????konon2 nak tunjukan yang mb boleh teruskan legasi dan  berpkiran islamik seperti almarhum....????kat kawasan felda boleh la nak tipu boh.....ini kat sg limau kau nak buat macam tu?????this is sg limau la.......

lepas tu nak cakap org buat kempen murahan...kesian...dulu kini dan selamanya puak2 ameno dan be end diperbodohkan diri sendiri....sekali lagi ku seru.....luaskanlah pemikiranmu wahai insan......

tiada kelibat super zlatan

Adalah satu kesedihan apabila tidak dapat melihat pemain hebat seperti zlatan ibrahimovic di pentas dunia 2014.....



Monday 18 November 2013

Mereka dan dasar 12 tahunnya.....

harga kereta malaysia dalam sekitar rm 35 k - rm 90 k, sekiranya dijaga elok dan dapat hindar kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 25 tahun lamanya...

kereta luar negara (mampu milik) seperti buatan jepun atau barat harganya sekitar rm60 k - rm 140 k, juga sekiranya dijaga elok dan dapat hindar dari kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 30-40 tahun (tak mustahil kan???)

seseorang sanggup keluarkan sejumlah wang yang banyak kerana kualiti yang ada pada sesebuah kereta yang dikeluarkan....lagi mahal kereta memberi maksud lebih berkualiti sesebuah kereta (ikut teori standard pemasaran) . lebih kualiti sesebuah kereta memberi maksud lebih panjang tempoh penggunaannya (ikut teori standard pemasaran).

jadik, kalau kereta sekadar boleh digunakan sehingga 12 tahun sahaja, maka enjin dan kelengkapan2 lain pada kereta mestilah yang hanya mampu bertahan selama tempoh itu sahaja....kalau enjin dan kelengkapan yang disediakan boleh digunakan lebih dari tempoh itu maka ianya hanyalah satu pembaziran....pendek kata tidak memberi sebarang makna dan keuntungan kepada pengguna....

dengan itu kos penjualan bagi sebuah kereta dapat dikurangkan dan harga bagi sebuah kereta mungkin boleh dijual sekadar rm 5 k - rm 10 k bagi kereta buatan malaysia dan rm 10 k - rm 15 k bagi kereta buatan import.....barulah semua org kat Malaysia ni boleh pakai kereta dengan dasar 12 tahun yang kau buat tu....

*percayalah, macai akan kata aku macam TPM lepas baca statement ni....

Thursday 14 November 2013

Luaskan Pemikiranmu

*Lawatan kerja kak mah  ke Dubai..

Soalan: Jawatan apa si diabetis ni pegang dlm negara....?kerja apa dia buat kt dubai tu.....?duit sapa dia pakai g sana????

sekali lagi 47% rakyat malaysia yang digelar macai kena kencing..

*bangunlah wahai melayu...tengok berita jangan tengok saja...luaskan pemikiranmu.....

FAM dan CT nurhaliza

ni aku nak habaq mai.....

dalam pengurusan...kalau nak uruskan sesuatu mestilah orang tu seorang yang berpengalaman dalam bidang berkenaan...barulah dia dapat memahami sepenuhnya apa yang nak diuruskan...bukan serkap jarang...konon2 ada degree,master,phd dia hebat segalanya....

kali ni nak cite pasal bola sepak...disebabkan aku ni peminat tegar bola sepak beberapa analisis tak profesional dah dibuat....

sepp blatter : berpengalaman dalam bidang bola sepak prof - presiden fifa
michel platini : bekas pemain terbaik eropah dan lagenda perancis - presiden uefa
johan cryuff : lagenda holland yang memperkenalkan sistem total football - pengarah teknikal fifa
pele : toksah cite la sape....perdebatan sapa paling hebat di dunia antara dia dgn maradona tak pernah habis sampailah kemunculan messi - penasihat teknikal fifa


MALAYSIA ??????? ada macam tu????

presiden fam ??
timbalan ???
naib ???lagi tak masuk book....

ibarat awie menyanyi lagu zapin budi dalam rancangan tunggu sekejap...sumbang mahram....meletakan yang ahli bukan dalam bidangnya...

dan yang paling pelik... sape SITI NURHALIZA...????pemain bola mana?????baru sokong team menang piala malaysia kali ke tiga dalam sejarah nak tunjuk hebat....af kau pon kelaut tak terjaga mau sentuh kerja org lain....

kemonnn khairy.....buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku sokong kau kali ni....tapi jangan ingat kau boleh buat2 lupa pasal hospital rembau.....


Tuesday 12 November 2013

pelik.....

hari ni spm subjek sejarah.....cuba kita renungkan balik....kenapa onn jaafar, menubuhkan umno, tapi kemudiannya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada tunku abdul rahman menjadi presiden?????

kemudiaannya on jaafar menubuhkan pula sebuah parti baharu untuk menentang umno terutamanya dalam pilihanraya 1952 (kalau tak silap)

tak pelik ke....dia tubuh, dia letak jawatan, dia buat parti baru.....dia lawan parti yang dia tubuhkan dulu......mesti ada something wrong kan????

ada cite dalam silibus sejarah?????mati idup balik la x jumpa....

Monday 11 November 2013

PRAYBOY itu suamiku....

Mula2 'i love u mr.arrogant'..
sekarang 'playboy itu suami aku'..
mereka memang tidak faham apa itu islam....
menteri bertanggungjawab dalam hal2 penyiaran konon2 hebat dalam islam....apa tindakan????

jadikanlah drama,lagu  dan filem itu sebagai medium dakwah...
drama,filem dan lagu adalah medium paling mudah untuk mempengaruhi fikiran dan gaya hidup umat...
jadi kenapa didik yang negatif...didik la yang positif....
lepas ni tajuk2 drama yang akan publish....

'bohjan itu imamku..'
'bini mu bini ku jua..'
'kekasih gelapku mongolia meletup'

makin lama melayu menjadi semakin bangang...moga Allah kurniakan pemimpin islam sebenar buat kita...sesungguhnya kami amat merindui pemimpin2 sebegitu....


Tazkirah 3

ISLAM yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih mengalir begitu lama menyusuri bukit-bukau sudah tentulah akan dicemari dengan kelodak apabila tiba di muara sungai seterusnya ke rumah kita. Untuk membersihkannya semula sudah tentu memerlukan penapis. Begitulah juga halnya dengan ISLAM yang diajar RASULALLAH dahulu, dicemari dengan perubahan dan nafsu manusia, jadi untuk mendapatkan ISLAM yang sejernih dahulu sudah tentula kita memerlukan penapis.Penapis itu tidak lain dan tidak bukan ialah ULAMA' yang mengikut telunjuk Al-Quran dan Sunnah. -TGNA-

dakwah....

fathul bari pernah memperakui berkempen salah satu cabang dari dakwah...tapi kenapa penjawat awam tidak dibenarkan berkempen....???

menyekat dari berkempen bermaksud menyekat dari berdakwah,menyekat dari berdakwah bermaksud menyekat dari menceritakan kebenaran, menyekat dari menceritakan kebenaran bermaksud menyekat sunnah nabi, menyekat sunnah nabi bermaksud menyekat perkembangan islam,menyekat perkembangan islam bermaksud menyekat dari rakyat menjadi hamba Allah yang bertawadduk....

Tazkirah 2

hikmah Allah jadikan pelbagai bangsa adalah untuk kita saling kenal mengenali dan lengkap melengkapi...bukan untuk bermegah darah siapa yang hebat.... Tuan Guru Nik Aziz

Tazkirah

Setiap anak mestilah difahamkan bahawa mereka adalah satu keajaiban kerana sejak alam diciptakan sehingga waktu kehancurannya tidak akan ada satu pun ciptaan yang menyerupainya...

Adakalanya kita tidak bijak menilai betapa berharganya mereka di sekeliling kita ,sehingga kita lalai memberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka, lalu mereka terlepas dari genggaman dan jatuh ke tangan musuh...

Setiap anak akan menuntut haknya daripada kita antaranya hak masa,masa yang perlu diluangkan bersama mereka bersama ilmu yang bermanfaat...

Ya Rab limpahkan rahmat keatas anak2 kami dunia akhirat.....dan janganlah biarkan dunia menenggelamkannya sepertimana dunia menipu kami selama ini...

sejarah surau

Ingat tak cerita pasal surau di resort johor dirobohkan????

perancangannya akan dibina surau yang baharu untuk menggantikan surau yang telah dicemari....kasihan si surau,ianya tidak bersalah...yang bersalahnya manusia tetapi ia pulak yang menjadi mangsa....bukankah hendak membina yang baharu memerlukan kos masa dan kewangan....????

teringat sejarah yang pernah tercipta dahulu....apabila Islam berjaya menawan makkah,diperintahkan nabi kepada para sahabat agar segala berhala di kaabah dibuang dan dihapuskan.....tidak pula diminta untuk dirobohkan kaabah dan dibina yang baharu....pemimpin yang bijaksana....diminta buang yang kotor bagi membersihkan bangunan yang suci....bukan merobohkan bangunan yang suci untuk membuang perkara yang kotor....

teringat juga ketika Islam berjaya menawan turki, diperintahkan pemerintah kepada rakyatnya agar gereja sophia ditukar menjadi masjid aya sofia...ikon gereja digantikan dengan ikon islamik....tidak pula diminta untuk dirobohkan gereja dan dibina masjid yang baharu....pemimpin yang bijaksana...diminta sekadar menggantikan nama, dari namanya sebuah gereja kepada sebuah masjid...dan digantikan ikon gereja dengan ikon islamik...agar yang kotor pada mulanya menjadi suci di akhirnya.....

sejarah perkara wajib difahami,bukan sekadar mengenali siapa itu parameswara dan siapa perjuang kemerdekaan....bukan juga sekadar di tahap menengah dan rendah...tetapi lebih dari itu...kerana sejarah sentiasa berulang..cuma berbeza pada masa dan zamannya....

abah eh punyo

harga ron 95 selepas subsidi rm 2.10....subsidi ditanggung kerajaan 63 sen.....63 sen mai mana?????mestilah dari cukai....cukai lak mai dari mana????mestilah dari rakyat si hamba cukai....

jadi secara logik kiraan kasar seseorang membeli minyak dengan harga rm 2.73 seliter...tapi kenapa org tu cakap 63 sen tu cam abah eh yang punyo....!!!!!

Doa

bagaimana agaknya saudara2 kita hari ini di Mesir, Syria, Palestin dan seluruh dunia....mari mengaminkan kesejahteraan mereka....

Allahummansur ikhwanal muslimin fi Syria,fi mesir,fi falestin, fi Malayzia,fi biladil Islam,wa kulli zaman wa fi kulli makan..

Syukur

hebat puak2 ni....semenjak minyak naik dah berubah menjadi Ahli Sufi...menjadi hambanya yang bersyukur...apabila harta dirompak tetap teruskan bersyukur....ntah paham ke tidak pengertian syukur...

ye bagus dengan sifat itu...tetapi syukur bukan beerti memejamkan mata, memekakkan telinga dengan penipuan dan kezaliman....

Sape nak Keje

pekerjaan yang paling mudah di dunia...menjadi menteri....hanya perlu jawab...

-jangan beli ayam

-jangan beli rumah

-jangan beli kereta

-pergi duduk hutan

-pergi belajar luar negara

mudahkan....tak suka statement aku????g duk mongolia....

ameen

akhir zaman,pemimpin memang fasik....itu pasal semakin hari semakin banyak statement 'bijak' daripada para menteri..... timbalan menteri kewangan, menteri pengguna, mendteri dalam negeri,even tpm ngan pm...semua penah keluarkan statement2 sebegitu......patutlah aku dan keturunan ku tidak ada yang jadik menteri...sebab tak 'sebijak' mereka.....

ya Allah.... siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu menyukarkan mereka, maka sukarlah baginya pula. Dan siapa yang menguasai umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya

Ulama' Kecil......

Satu hari hamba ke penang....menghadiri konvokesyen adik ipar di USM....bertolak sebelum maghrib dan kerana rehat yang agak panjang di sungai perak tiba di USM jam 5.30 pagi....berapa minit kemudian azan subuh berkumandang dan hamba menuju ke masjid USM bersama sama para graduan dan ahli keluarga yang lain....

Ketika bilal laungkan iqamat semua berpusu masuk ke saf...termasuk lah hamba diikuti oleh seorang kanak2 disebelah hamba yang hamba rasakan sekitar umur 7-8 tahun....dia seakan akan merebut untuk ke saf pertama tetapi disebabkan telah penuh dia sekadar berada disebelah hamba di saf kedua.....sebelum imam mengangkat takbir semua jemaah sibuk meluruskan saf termasuklah hamba dan kanak2 tadi...cuma lainnya dia, cara dia meluruskan saf begitu teliti, tidak seperti kebanyakan jemaah...seakan-akan dia amat mementingkan kesempurnaan sehinggalah tumit dan bahunya menyentuh makmum disebelahnya termasuklah hamba....

selesai fatihah rakaat pertama, imam mengambil masa kira2 kadar satu surah fatihah untuk ke surah seterusnya...dan disebabkan hari itu hari jumaat imam telah membacakan surah sajadah...Allah Maha Besar...kanak2 tadi turut sama membacakan surah berkenaan mengikut alunan suara imam dari mula hinggalah akhir surah berkenaan tanpa tertinggal satu ayat pun...

Allahurabbi....bagi hamba....pelajar terbaik bagi majlis kovokesyen di USM adalah kanak2 itu....

tahniah brunei.....semoga sentiasa dalamrahmat Allah

"By the grace of Allah, with the coming into effect of this legislation, our duty to Allah is therefore being fulfilled," -Sultan Brunei

Compare plak dgn pemimpin kita...

"hudud adalah primitif"-madey kutty

"kita tkkn laksanakan hudud"-jibby

-sok mgkin ada sttement dari johan naib presiden.."x suka sila pindah brunei".

I'm Not Kelantanese....but i love kelantan......

Pada org melayu yg skeptikal n tipikal mgatakan org kelantan susah,miskin, ketinggalan zaman,assobiyyah (berpuak)..meh ambo nak oyak..

sy bukan org kelantan,tapi sy boleh la berloghat kelantan,
sy bukan org kelantan tapi saya ramai kawan2 kelantan....
saya bukan org kelantan tapi insan kesayangan saya dunia akhirat orang kelantan....
saya bukan org kelantan tapi pewaris2 saya lahir di kelantan.....

-nak tgk banglo besar2 tgh sawah?byk kt kelantan..

-nak tgk tokey hardware,kedai emas,kedai kain n peniaga melayu paling rmi?ramai di kelantan..

-nak tgk harga brg2 yg masih releven dan murah????ada di kelantan

-nak tgk awek2 cun dan wanita muslimah???ramai di kelantan

-paling pntg kelatan adalah negeri ilmu yg kaya dgn mjlis ilmu dan ulama2 hebat..biar tanpa royalti,insyaallah kaya dgn barokah ilahi.....

*I'm not Kelantanese..but I love Kelantan..go TRW.....luaskan kuasa mu....ops....marah bini matyo.....!!

AES dan macai

ketika sedang merungut pasal AES, sekor macai tanpa diundang mengulangi statement pemimpin kesayangannya....'kalau tak buat salah kenapa nak takut dengan AES'...

kebetulan aku yg sedang makan nasi lemak bersamanya pun menjawab.....memang la aku takut sebab aku bawak lajuk....yang pemimpin kau tu kalau tak buat salah kenapa nak takut dengan hudud????mesti mencurik kan????

macai senyap sambil sambil buat2 baca paper bungkusan nasi lemak tersebut....

khas buatmu macai

Sahabat:"siapakah pemimpin yg baik ya Rasulullah?

Rasulullah: "pemimpin yg takutkan Allah dan mewujudkan rasa takut rakyatnya pd Allah.."

hadis: 'Barangsiapa memilih pmimpin yg fasik,yg menzalimi rakyatnya serta kufur pada hukum Allah,nescaya Allah dan malaikat tidak akan memandangnya di mahsyar kelak...... kalo kt padang mahsyar pon Allah x pndang,rasa2 boleh masuk syurga ka?.

kisah sungai limau hari tu....

si mat sembab terlupa....yang badannya gemuk pun sebab gula....tapi dia bz sampai lupa tgk cermin setiap pagi....dikatanya pula org lain banyak makan gula sampai dipotong kaki

gajah dopan mato xnampak....kuman seberang sanun yang dihebohnya.....

dikatanya puak sini kempen murahan....takpalah,murah2 pun tak dungu....

Tu....diaaaaa

dulu mat sembap pernah kata PAS= Parti Ajaran Sesat...Tetiba masa kempen di sg limau haritu mat sembap kata ameno sama je dngan PAS...

kesimpulan...ameno = sesat

Ini Kesahnya....

aku ada seorang kawan...aku syak dia ni macai.....tapi bila tanya dia xngaku....atas pagar katanya.....takut la tuh.....

citenya setiap hari penuh dengan kehebatan diri,material,kekayaan dan kemewahan....kalau masuk bab politik,dia juga hebat....ulama' dikecam hebat...TGNA sesat,penipu....katanya sama je semua...kaki penipu dan sesat....(sama macam ayat si sembap)

kalau cite pasal terdesaknya hidup sekarang, dia akan pertikaikan....yang miskin,terdesak,tidak berkemampuan dihina....katanya melayu yg bodoh keje harapkan gaji...tak pandai menabung...harapkan kerajaan semata dan pelbagai lagi....

satu hari kami ke majlis kematian.....ceritanya masih sama tanpa mengira tempat dan situasi....datang seorang sahabat lain menegur..segeralah berwudhu'....bila2 masa dari sekarang kita akan solat jenazah....si macai ni pun turut....

selesai wudhu',macai seperti serba salah....perlahan dia dekati aku dan bertanya....'apa ek kena baca dalam solat jenazah...???aku dah lupa...lama tak buat....'

aku tak kejam....tetap menjawap soalan....aku katakan padanya...'tak apa...solat jenazah tu fardhu kifayah...kalau dah ada orang lain yang buat maka terlepas la kau dari dosa.....jadik biarlah melayu yang miskin hina,tak pandai menabung dan harapkan kerajaan semata tu yang solat dan selamatkan kau dari dosa....macai berlalu dan terus balik....

tuan guru 30 juzuk Al Quran di dalam kepalanya....hadith dan hukum hakam perundangan islam di hafalnya.....setiap hari menjadi imam kepada rakyatnya....disirami rakyatnya dengan ilmu agar rakyat tidak miskin kerohanian walaupun miskin kebendaan..

itu yang kau katakan sesat?????kau mabuk ke apa?????kau solat jenazah pun tak lepas nak kata org sesat......shame on u bro.....mana bini mat yo...???kasi sepak kangkang macai2.....

Renung-renungkan.....

Ada satu kesah....shbt bertanya pd rasulullah:(tidak ingt siapa)"siapakah ahli agama yg menjual agamanya ya rasulullah...?????

Nabi:"mereka yg memalsukan kebenaran dgn penipuan,yg hidup dgn kemewahan,dan berkata sesuka hati tanpa iman"........

Fathul bari:harga brg adlh ketetapan allah..

Masyitah:boleh sentuh bkn mahram asalkan x ghairah..

Jamil khir:syiah tkpa skdr teori asalkan tidak amalkan..

-Undang2 LORD REID tkpe,
-fahaman sekular ok,
-kilang arak takde hal,
-pusat judi genting halal,
-dedah aurat, clubbing, sapu duit rakyat, bohong sane sni tkda mslh..

Yg penting kalimah Allah jgn bg kapir pakai,cukup syarat negara jadik negara islam......confirm msuk syurga..x caya??????tanya macai...

Fikir-fikirkan

Saya kira jika Barat yang melaksanakan hukum hudud, pasti pemimpin-pemimpin UMNO akan berlumba-lumba untuk mencontohinya, kerana bagi mereka undang-undang Barat itu lebih sempurna daripada undang-undang agama mereka sendiri.

Tetapi oleh kerana yang melaksanakan syariat mutakhir ini ialah Brunei, maka tiada keperluan untuk pemimpin-pemimpin UMNO mencontohinya.

hebat kata2 TGNA....

PAS itu mundur.....Ameno itu maju

apabila dun dipimpin oleh mereka yang bukan dari ameno @ be end....

kata puak tu mesti tempat berkenaan mundur dan tiada pembangunan.....bila adanya prk pasti perkara berkenaan yang dicanang untuk menarik perhatian pengguna....

hebat...sebagai adun di satu2 tempat mereka mampu untuk tidak meluluskan sesuatu projek walaupun atas arahan kerajaan pusat atau negeri????

pegawai daerah org ameno,penghulu org ameno, JKKKK org ameno, paling best MB pun org ameno....cmana DUN berkenaan boleh mundur hanya kerana adun nya berstatus bukan ameno...bukankah peruntukan dari saluran yang datangnya dari golongan2 ameno yang dinyatakan tadi????

kisah pelik tapi benar....

sg. limau akan masih kekal mundur....jibby dan mat sembap boleh terus pikirkan pembangunan yang dijanjikan di kuala besut...

Antara Kencing Manis dan Menteri Kencing

Subsidi gula dihapuskan,agar rakyat terbeban....bila rakyat terbeban,penggunaan gula dikurangkan....apabila gula dikurangkan,kencing manis dapat dielakkan....

betapa baiknya sebuah kerajaan,sehingga ehwal mengawal diabetis pun diusahakan....

semasa kempen di sg limau....gula dijual promosi...sekilo RM 1.....

isu subsidi gula dihapuskan bagi mengelak kencing manis atau menteri yang kencing?????

Be End dan Man U

be end bangga menang pilihanraya
padahal undi popular sekadar 49%
tapi xpelah....memang dah sah menang....

man u bangga menang lawan arsenal
padahal ball posession 35% je
tapi xpelah...memang dah sah menang...

kan memang aku dah cakap dari dulu lagi...be end dgn man u ni banyak persamaan....