Monday 11 November 2013

sejarah surau

Ingat tak cerita pasal surau di resort johor dirobohkan????

perancangannya akan dibina surau yang baharu untuk menggantikan surau yang telah dicemari....kasihan si surau,ianya tidak bersalah...yang bersalahnya manusia tetapi ia pulak yang menjadi mangsa....bukankah hendak membina yang baharu memerlukan kos masa dan kewangan....????

teringat sejarah yang pernah tercipta dahulu....apabila Islam berjaya menawan makkah,diperintahkan nabi kepada para sahabat agar segala berhala di kaabah dibuang dan dihapuskan.....tidak pula diminta untuk dirobohkan kaabah dan dibina yang baharu....pemimpin yang bijaksana....diminta buang yang kotor bagi membersihkan bangunan yang suci....bukan merobohkan bangunan yang suci untuk membuang perkara yang kotor....

teringat juga ketika Islam berjaya menawan turki, diperintahkan pemerintah kepada rakyatnya agar gereja sophia ditukar menjadi masjid aya sofia...ikon gereja digantikan dengan ikon islamik....tidak pula diminta untuk dirobohkan gereja dan dibina masjid yang baharu....pemimpin yang bijaksana...diminta sekadar menggantikan nama, dari namanya sebuah gereja kepada sebuah masjid...dan digantikan ikon gereja dengan ikon islamik...agar yang kotor pada mulanya menjadi suci di akhirnya.....

sejarah perkara wajib difahami,bukan sekadar mengenali siapa itu parameswara dan siapa perjuang kemerdekaan....bukan juga sekadar di tahap menengah dan rendah...tetapi lebih dari itu...kerana sejarah sentiasa berulang..cuma berbeza pada masa dan zamannya....

No comments:

Post a Comment