Wednesday 20 November 2013

this is sg limau

ni cite sungai limau haritu, mungkin dah basi bagi macai....tapi tidak bagi kami....ianya adalah sejarah yang perlu diceritakan.....

ketika sibuk berkempen, puak2 nun (ameno be end) duk bising, kata mereka ustaz azam dan wakil2 pas duk guna pendekatan murahan sebab 'menjual' nama dan imej Allayarham ustaz azizan kepada rakyat sg. limau....antaranya mengatakan kepada rakyat yang ustaz azam ni adalah anak murid kepada ustaz azizan, menggunakan gambar2 ustaz azizan di poster kempen dan pelbagai lagi....konon2 dengan cara itu pas dapat memenangi hati pengundi sg limau....

umum sedia tahu yang ustaz azizan memang seorang yang amat berpengaruh di sg limau....andaikata ustaz azizan mewakili ameno pun nescaya beliau akan memenangi juga kerusi dun berkenaan.....begitu kuatnya pengaruh beliau, bukan kerana parti tetapi lebih kepada kekuatan individu....

sedari awal ustaz azizan memang orang pas...jadi pas menggunakan kelebihan ustaz azizan yang sememangnya ahli pas itu sebagai satu strategi 'peperangan'...andai kata puak2 nun kata ianya strategi murahan terpulanglah...mereka sentiasa ada tanggapan kurang bijak mereka....orang kurang bijak juga mempunyai hak bersuara bagi menunjukan yang mereka itu bijak.....dan ternyata 47% mengakui mereka itu bijak....

berbalik kepada citer tadi....yang peliknya, kebanyakan poster2 kempen ameno be end di sungai limau bukanlah tertera gambar wakil yang bertanding,dr suhaimi....tetapi mereka lebih banyak memaparkan wajah mb muda mereka sehingga meneggelamkan wajah sebenar orang yang hendak bertanding.....mungkin tidak yakin dengan kekuatan yang ada pada calon atau terlebih yakin yang mb mempunyai aura untuk mempengaruhi pengundi2 seperti bapanya tun madey....

punyalah nak mempengaruhi pengundi sampai wajah di poster pun diletakkan wajah mb...tapi xpelah...apabila ianya kempen puak2 nun...ianya adalah kempen yang mahal...tidak boleh disebut sebagai kempen yang murahan...

tapi itu bukanlah perkara menarik yang hendak diceritakan.....yang menariknya bila ada poster2 yang menunjukan mb muda tersebut bersalaman dengan Allayarham ustaz azizan dan ada juga statement yang menerangkan mb muda tersebut akrab dengan Almarhum....

kepada para penyokong tegar pas, tuan2 boleh abaikan perkara ini kerana tuan2 telah sedia maklum dengan kempen 'mahalan' mereka....tetapi bagi mereka yang diatas pagar dan sekelian macai, tuan2 dialu alukan untuk memikirkan motip perkara tersebut dilakukan?????

dah fikir????

jadi, sekarang siapa sebenarnya yang murahan????puak2 nun atau pas????pas gunakan nama dan imej Allahyarham ustaz azizan adalah logik dan releven.....almarhum memang orang pas...dan untuk menyambung legasi perjuangan Almarhum adalah tidak mustahil kerana mereka dari kapal yang sama.....

tapi yang puak2 nun tetiba guna nama dan imej almarhum apa kene mengena????konon2 nak tunjukan yang mb boleh teruskan legasi dan  berpkiran islamik seperti almarhum....????kat kawasan felda boleh la nak tipu boh.....ini kat sg limau kau nak buat macam tu?????this is sg limau la.......

lepas tu nak cakap org buat kempen murahan...kesian...dulu kini dan selamanya puak2 ameno dan be end diperbodohkan diri sendiri....sekali lagi ku seru.....luaskanlah pemikiranmu wahai insan......

No comments:

Post a Comment