Monday 18 November 2013

Mereka dan dasar 12 tahunnya.....

harga kereta malaysia dalam sekitar rm 35 k - rm 90 k, sekiranya dijaga elok dan dapat hindar kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 25 tahun lamanya...

kereta luar negara (mampu milik) seperti buatan jepun atau barat harganya sekitar rm60 k - rm 140 k, juga sekiranya dijaga elok dan dapat hindar dari kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 30-40 tahun (tak mustahil kan???)

seseorang sanggup keluarkan sejumlah wang yang banyak kerana kualiti yang ada pada sesebuah kereta yang dikeluarkan....lagi mahal kereta memberi maksud lebih berkualiti sesebuah kereta (ikut teori standard pemasaran) . lebih kualiti sesebuah kereta memberi maksud lebih panjang tempoh penggunaannya (ikut teori standard pemasaran).

jadik, kalau kereta sekadar boleh digunakan sehingga 12 tahun sahaja, maka enjin dan kelengkapan2 lain pada kereta mestilah yang hanya mampu bertahan selama tempoh itu sahaja....kalau enjin dan kelengkapan yang disediakan boleh digunakan lebih dari tempoh itu maka ianya hanyalah satu pembaziran....pendek kata tidak memberi sebarang makna dan keuntungan kepada pengguna....

dengan itu kos penjualan bagi sebuah kereta dapat dikurangkan dan harga bagi sebuah kereta mungkin boleh dijual sekadar rm 5 k - rm 10 k bagi kereta buatan malaysia dan rm 10 k - rm 15 k bagi kereta buatan import.....barulah semua org kat Malaysia ni boleh pakai kereta dengan dasar 12 tahun yang kau buat tu....

*percayalah, macai akan kata aku macam TPM lepas baca statement ni....

2 comments:

  1. setuju..bru la rakyat x mengeluh dgn harga kete..

    ReplyDelete
  2. kau setuju dgn statement aku ke kau setuju aku mcm tpm

    ReplyDelete