Monday 11 November 2013

Ulama' Kecil......

Satu hari hamba ke penang....menghadiri konvokesyen adik ipar di USM....bertolak sebelum maghrib dan kerana rehat yang agak panjang di sungai perak tiba di USM jam 5.30 pagi....berapa minit kemudian azan subuh berkumandang dan hamba menuju ke masjid USM bersama sama para graduan dan ahli keluarga yang lain....

Ketika bilal laungkan iqamat semua berpusu masuk ke saf...termasuk lah hamba diikuti oleh seorang kanak2 disebelah hamba yang hamba rasakan sekitar umur 7-8 tahun....dia seakan akan merebut untuk ke saf pertama tetapi disebabkan telah penuh dia sekadar berada disebelah hamba di saf kedua.....sebelum imam mengangkat takbir semua jemaah sibuk meluruskan saf termasuklah hamba dan kanak2 tadi...cuma lainnya dia, cara dia meluruskan saf begitu teliti, tidak seperti kebanyakan jemaah...seakan-akan dia amat mementingkan kesempurnaan sehinggalah tumit dan bahunya menyentuh makmum disebelahnya termasuklah hamba....

selesai fatihah rakaat pertama, imam mengambil masa kira2 kadar satu surah fatihah untuk ke surah seterusnya...dan disebabkan hari itu hari jumaat imam telah membacakan surah sajadah...Allah Maha Besar...kanak2 tadi turut sama membacakan surah berkenaan mengikut alunan suara imam dari mula hinggalah akhir surah berkenaan tanpa tertinggal satu ayat pun...

Allahurabbi....bagi hamba....pelajar terbaik bagi majlis kovokesyen di USM adalah kanak2 itu....

No comments:

Post a Comment