Thursday 28 November 2013

tolong kami

dalam 3 minggu lepas tok nan mb negeri yang makmur terkena penyakit kencing tikus. penyakit ni memang digeruni kerana kepantasan virus melumpuhkan sistem badan hingga boleh membawa maut tak kurang 10 hari selepas dijangkiti.

boleh kata sesapa yang disahkan terkena penyakit ni dah boleh lah bawak2 bertaubat di atas dosa2 silam dan menurunkan apa2 wasiat kepada waris sebab kebiasaanya chances untuk pulih adalah rendah. sehingga hari ini memang dah ramai yang maut dengan penyakit ni. insan yang aku kenal (suami kepada sahabat) pernah menjadi mangsa pada tahun 2010, 2 artis kita Allayarham din beramboi dan izwan pilus juga meninggal disebabkan penyakit ni, dan beberapa berita di surat khabar membabitkan orang awam juga pernah menggemparkan negara.

yang pernah selamat dari maut selepas dijangkiti penyakit ini ada sorang yang ku kenali, nama samarannya guchi seorang pensyarah berbangsa sikh dan terbaru adalah tok nan sndri. ianya adalah bantuan Allah, manusia hanya berusaha merawat.

tok nan dapatkan rawatan di prince court,salah satu hospital terbaik dan termahal di negara kita. tgk nama dah tau mahal. tgk nama dah tau hebat...sebagai pemimpin utama kerajaan aku agak musykil kenapa beliau tidak dirawat di hospital kerajaan. adakah beliau tidak yakin dengan kualiti perubatan yang ada di hospital kerajaan????bukankah perkhidmatan dan tenaga pakar di sana adalah yang terbaik berbanding dengan hospital2 lain....kalau tak takkan ianya disediakan kepada majoriti rakyat kerana setiap apa yang diberikan kepada majoriti rakyat mestilah yang terbaik daripada yang lain...

sekiranya tok nan nak dapatkan rawatan yang terbaik bermaksud rawatan di hospital kerajaan tidak berapa baik. tapi rawatan yang tidak berapa baik itulah yang disediakan kepada rakyat. rakyat tidak mampu ke prince court. hospital swasta yang lebih rendah nilai bayarannya juga rakyat tidak mampu . tetapi kesihatan amat penting, tanpa kesihatan terencat semua aktiviti termasuk ibadah yang dilakukan tidak berkualiti berbading di masa sihat. nak tak nak rakyat terpaksa mendapatkan rawatan di tempat yang kurang berkualiti berbeza dengan pemimpin yang mendapatkan rawatan di tempat yang berkualiti.

berapa ramai rakyat yang terkorban disebabkan virus tersebut. sudah ajal memang betul tapi perlu lihat dari sudut usaha melahirkan kepakaran dan mewujudkan kualiti perkhidmatan. adakah untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang baik rakyat perlu membayar sejumlah wang?????

rakyat yang sihat melahirkan rakyat yang cerdas dan mampu menjadi aset utama negara...jadik mana lebih penting?????pembangunan fizikal sana sini ke pembangunan kesihatan rakyat?????berilah perkhidmatan kesihatan yang paling berkualiti secara percuma ataupun mampu milik kepada rakyat. janganlah nak makan sorang je. kasihan lah kami yang juga berpenyakit ini.....

No comments:

Post a Comment