Monday 25 November 2013

Semoga Johor dilimpah rahmat

johor kembali seperti asal, bercuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu....diam mat sembap yang dulunya menukar,diam si madey yang dulu katanya cuti pada hari2 berkenaan akan merencatkan perkembangan ekonomi negara...diam semua pak menteri yang slalunya tegar mempertahankan ketua mereka.....mungkin kecut dengan arahan sultan....atau ada taktik dan agenda tersendiri......semua senyap.....yang bising nya macai2 di kedai kopi saja,sebab macai tak takut dengan sesiapa termasuk sultan, macai hanya takut kepada Allah.....

kata seorang macai...kalau alasan pasal semayang jumaat tu hari cuti mingguan diubah memang xreleven, sebab ianya bergantung kepada niat seseorang tu, kalau seseorang tu memang jenis pemalas semayang, bagi cuti pon tak guna, dia tak kan pegi jugak.....

saudara ni memang layak bergelar macai sbb pikirannya begitu...kalau dia bukan macai akalnya lebih panjang sedikit...memang la kalau jenis pemalas semayang, bagi cuti pun dia xkan pergi semayang, dia lagi suka sbb boleh melepak kat shopping kompleks dari pagi sampai malam, xpun tido dari malam semalam then bangun tido kul 3 4 petang......

tapi sekurang kurangnya cuti ni boleh jadi kemudahan kepada orang2 yang rajin semayang dan beribadah, bukan macam lu macai.....dengan kemudahan cuti dapat la orang2 lain melakukan perkara sunat dari awal pagi sampai la ke petangnya......

mesti cai xtau kan apa perkara sunat untuk raikan kehadiran jumaat...?????ha ni aku bgtau skit...lepas ni jangan kata aku bongkak lak....

1. subuh berjemaah (baca surah sajadah)

2. banyakan selawat, istigfar, tasbih,tahmid,takbir dan zikir2 lain

3. banyakan baca Al Quran terutamanya surah al kahfi dan al mulk

4. buang bulu yang berkenaan dan kuku2

5. mandi sunat jumaat

6. memakai bau bauan

7.memakai pakaian khas yang cantik dan kemas

8.datang awal ke masjid niat iqtiqaf

dan banyak lagi....

jadi, dengan kemudahan cuti dapat la orang2 ni lakukan perkara2 sunat ni..kalau xcuti lu agak2 sempat ke buat bende2 ni semua????ni ak, lu pikir situasi orang2 macam lu, tu pasal la lu protes cai....kalau g semayang pon tggu khutbah dah habis, lepas salam trus cabut minum cendol bawah pokok sambil isap rokok....memang sampai kiamat la lu tak nampak kelebihan cuti hari jumaat....

lagi satu, itu tanggungjawab seorang pemimpin....sok dia yang nak kena tanya bukannya lu....sekurang kurangnya dia boleh jawab dia dah berusaha memudahkan rakyatnya untuk beribadat pada hari jumaat dengan memberi cuti...lu tak nak pegi ke,lu nak pegi lewat ke itu lu pnya pasal la....janji tanggungjawab dia dah lepas...

sama gak la macam hudud, qisas dan ta'zir....tanggungjawab pemimpin adalah mengadakan undang2 tersebut...kalau dah ada undang2 tu masih lagi ada kes curi, zina, bunuh, pemimpin dah boleh kata lepasla dia dari dipertanggungjawabkan sebab dia dah berusaha jalankan pemerintahan ikut kehendak Allah...

tula....ngaji dg ameno lagi...kan dah xreti nak berpikir.....(emosi).

No comments:

Post a Comment