Sunday 29 December 2013

memang tak la.....

Sempena perhimpunan aman untuk membantah kenaikan harga barangan yang bakal diadakan pada 31 Disember ini, aku percaya hampir semua jabatan kerajaan telah pun mengeluarkan surat peringatan kepada semua pegawai2 di organisasi mereka agar tidak melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut.

Tidak terkecuali aku yang turut menerima surat berkenaan....ianya merupakan satu ugutan dan menafikan hak seorang rakyat sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan ciptaan mereka sendiri....sememangnya telah menjadi resmi mereka sendri yang mengkhianati kata2 mereka samada ianya berbentuk rasmi atau sebaliknya....

jika sebelum ini mereka yang memberi kerakyatan kepada kaum cina dan india sebagai syarat untuk mendapatkan kemerdekaan, kemudiaanya mereka yang melaungkan sentimen perkauman....

jika sebelum ini mereka menghalalkan syiah kini mereka mengatakan pemimpin nombor 2 pas pula syiah yang perlu ditangkap dan didakwa....

jika sebelum ini mereka membenarkan kalimah Allah, kemudian mereka yang melalak mempertahankannya, dan kemudiaan melemparkan kesalahan kepada orang lain....

terlalu banyak jika yang boleh ditulis, cukuplah sekadar apa yang ada di atas.....

kini mereka mahu menyekat kebebasan rakyat untuk berkumpul secara aman dengan memberi ugutan2 sebegini....surat peringatan yang bertajuk larangan penjawat awam untuk menyertai apa sahaja aktiviti yang mengancam keselamatan negara yang ditandatangani oleh tuan pengarah....isi nya pula menjurus kepada perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember depan dan memberi amaran jika ingkar kepada peringatan tersebut tindakan tatatertib akan dikenakan.....

pengarah pun sama lembu dengan menteri ameno....kenapa aku kata begitu...???

1. terang lagi bersuluh orang kata perhimpunan aman, tanpa senjata dan tanpa sentimen untuk menggulingkan kerajaan...ianya hanya untuk menuntut kerajaan menurunkan harga barang....minta turun harga barang dikira mengancam keselamatan negara ke????bak kata kawan aku angah jengah....setakat g demo bawak botol air adakah ianya mengancam keselamatan????adakah botol air dikira sebagai senjata dan merbahaya...sekiranya ya, maka botol air perlulah dimasukan di dalam akta senjata yang boleh membawa kemudaratan kepada orang awam....

2. yang duk sebok2 hantar surat macam tu buat apa bohhh......orang berhimpun pon kau nak bagi peringatan....yang anak2 buah kau pakai dedah sana sini datang opis, skandal laki orang bini orang, bini mengamuk serang kat opis bawak hal rumah tangga ke pejabat, pegawai2 x solat....bz mesyuarat sampai lewat melampau untuk tunaikan solat fardhu, staf2 bersukan wakil jabatan pakai seluar pendek dan tak tutup aurat, pergi lawatan dari naik bas tapi drebar tak berenti solat...itu pernah kau bagi peringatan????berani kau nak tegur?????pernah kau antar surat peringatan???

seorang pemimpin yang tak reti berfikir mana satu yang perlu diberi keutamaan....seorang pemimpin yang tak reti berfikir mana satu yang hak dan mana satu yang batil....memang tak la kau akan disanjung melainkan puak2 macai kau....

 


No comments:

Post a Comment