Wednesday, 20 November 2013

this is sg limau

ni cite sungai limau haritu, mungkin dah basi bagi macai....tapi tidak bagi kami....ianya adalah sejarah yang perlu diceritakan.....

ketika sibuk berkempen, puak2 nun (ameno be end) duk bising, kata mereka ustaz azam dan wakil2 pas duk guna pendekatan murahan sebab 'menjual' nama dan imej Allayarham ustaz azizan kepada rakyat sg. limau....antaranya mengatakan kepada rakyat yang ustaz azam ni adalah anak murid kepada ustaz azizan, menggunakan gambar2 ustaz azizan di poster kempen dan pelbagai lagi....konon2 dengan cara itu pas dapat memenangi hati pengundi sg limau....

umum sedia tahu yang ustaz azizan memang seorang yang amat berpengaruh di sg limau....andaikata ustaz azizan mewakili ameno pun nescaya beliau akan memenangi juga kerusi dun berkenaan.....begitu kuatnya pengaruh beliau, bukan kerana parti tetapi lebih kepada kekuatan individu....

sedari awal ustaz azizan memang orang pas...jadi pas menggunakan kelebihan ustaz azizan yang sememangnya ahli pas itu sebagai satu strategi 'peperangan'...andai kata puak2 nun kata ianya strategi murahan terpulanglah...mereka sentiasa ada tanggapan kurang bijak mereka....orang kurang bijak juga mempunyai hak bersuara bagi menunjukan yang mereka itu bijak.....dan ternyata 47% mengakui mereka itu bijak....

berbalik kepada citer tadi....yang peliknya, kebanyakan poster2 kempen ameno be end di sungai limau bukanlah tertera gambar wakil yang bertanding,dr suhaimi....tetapi mereka lebih banyak memaparkan wajah mb muda mereka sehingga meneggelamkan wajah sebenar orang yang hendak bertanding.....mungkin tidak yakin dengan kekuatan yang ada pada calon atau terlebih yakin yang mb mempunyai aura untuk mempengaruhi pengundi2 seperti bapanya tun madey....

punyalah nak mempengaruhi pengundi sampai wajah di poster pun diletakkan wajah mb...tapi xpelah...apabila ianya kempen puak2 nun...ianya adalah kempen yang mahal...tidak boleh disebut sebagai kempen yang murahan...

tapi itu bukanlah perkara menarik yang hendak diceritakan.....yang menariknya bila ada poster2 yang menunjukan mb muda tersebut bersalaman dengan Allayarham ustaz azizan dan ada juga statement yang menerangkan mb muda tersebut akrab dengan Almarhum....

kepada para penyokong tegar pas, tuan2 boleh abaikan perkara ini kerana tuan2 telah sedia maklum dengan kempen 'mahalan' mereka....tetapi bagi mereka yang diatas pagar dan sekelian macai, tuan2 dialu alukan untuk memikirkan motip perkara tersebut dilakukan?????

dah fikir????

jadi, sekarang siapa sebenarnya yang murahan????puak2 nun atau pas????pas gunakan nama dan imej Allahyarham ustaz azizan adalah logik dan releven.....almarhum memang orang pas...dan untuk menyambung legasi perjuangan Almarhum adalah tidak mustahil kerana mereka dari kapal yang sama.....

tapi yang puak2 nun tetiba guna nama dan imej almarhum apa kene mengena????konon2 nak tunjukan yang mb boleh teruskan legasi dan  berpkiran islamik seperti almarhum....????kat kawasan felda boleh la nak tipu boh.....ini kat sg limau kau nak buat macam tu?????this is sg limau la.......

lepas tu nak cakap org buat kempen murahan...kesian...dulu kini dan selamanya puak2 ameno dan be end diperbodohkan diri sendiri....sekali lagi ku seru.....luaskanlah pemikiranmu wahai insan......

tiada kelibat super zlatan

Adalah satu kesedihan apabila tidak dapat melihat pemain hebat seperti zlatan ibrahimovic di pentas dunia 2014.....



Monday, 18 November 2013

Mereka dan dasar 12 tahunnya.....

harga kereta malaysia dalam sekitar rm 35 k - rm 90 k, sekiranya dijaga elok dan dapat hindar kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 25 tahun lamanya...

kereta luar negara (mampu milik) seperti buatan jepun atau barat harganya sekitar rm60 k - rm 140 k, juga sekiranya dijaga elok dan dapat hindar dari kemalangan yang teruk mungkin boleh bertahan sehingga 30-40 tahun (tak mustahil kan???)

seseorang sanggup keluarkan sejumlah wang yang banyak kerana kualiti yang ada pada sesebuah kereta yang dikeluarkan....lagi mahal kereta memberi maksud lebih berkualiti sesebuah kereta (ikut teori standard pemasaran) . lebih kualiti sesebuah kereta memberi maksud lebih panjang tempoh penggunaannya (ikut teori standard pemasaran).

jadik, kalau kereta sekadar boleh digunakan sehingga 12 tahun sahaja, maka enjin dan kelengkapan2 lain pada kereta mestilah yang hanya mampu bertahan selama tempoh itu sahaja....kalau enjin dan kelengkapan yang disediakan boleh digunakan lebih dari tempoh itu maka ianya hanyalah satu pembaziran....pendek kata tidak memberi sebarang makna dan keuntungan kepada pengguna....

dengan itu kos penjualan bagi sebuah kereta dapat dikurangkan dan harga bagi sebuah kereta mungkin boleh dijual sekadar rm 5 k - rm 10 k bagi kereta buatan malaysia dan rm 10 k - rm 15 k bagi kereta buatan import.....barulah semua org kat Malaysia ni boleh pakai kereta dengan dasar 12 tahun yang kau buat tu....

*percayalah, macai akan kata aku macam TPM lepas baca statement ni....

Thursday, 14 November 2013

Luaskan Pemikiranmu

*Lawatan kerja kak mah  ke Dubai..

Soalan: Jawatan apa si diabetis ni pegang dlm negara....?kerja apa dia buat kt dubai tu.....?duit sapa dia pakai g sana????

sekali lagi 47% rakyat malaysia yang digelar macai kena kencing..

*bangunlah wahai melayu...tengok berita jangan tengok saja...luaskan pemikiranmu.....

FAM dan CT nurhaliza

ni aku nak habaq mai.....

dalam pengurusan...kalau nak uruskan sesuatu mestilah orang tu seorang yang berpengalaman dalam bidang berkenaan...barulah dia dapat memahami sepenuhnya apa yang nak diuruskan...bukan serkap jarang...konon2 ada degree,master,phd dia hebat segalanya....

kali ni nak cite pasal bola sepak...disebabkan aku ni peminat tegar bola sepak beberapa analisis tak profesional dah dibuat....

sepp blatter : berpengalaman dalam bidang bola sepak prof - presiden fifa
michel platini : bekas pemain terbaik eropah dan lagenda perancis - presiden uefa
johan cryuff : lagenda holland yang memperkenalkan sistem total football - pengarah teknikal fifa
pele : toksah cite la sape....perdebatan sapa paling hebat di dunia antara dia dgn maradona tak pernah habis sampailah kemunculan messi - penasihat teknikal fifa


MALAYSIA ??????? ada macam tu????

presiden fam ??
timbalan ???
naib ???lagi tak masuk book....

ibarat awie menyanyi lagu zapin budi dalam rancangan tunggu sekejap...sumbang mahram....meletakan yang ahli bukan dalam bidangnya...

dan yang paling pelik... sape SITI NURHALIZA...????pemain bola mana?????baru sokong team menang piala malaysia kali ke tiga dalam sejarah nak tunjuk hebat....af kau pon kelaut tak terjaga mau sentuh kerja org lain....

kemonnn khairy.....buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku sokong kau kali ni....tapi jangan ingat kau boleh buat2 lupa pasal hospital rembau.....


Tuesday, 12 November 2013

pelik.....

hari ni spm subjek sejarah.....cuba kita renungkan balik....kenapa onn jaafar, menubuhkan umno, tapi kemudiannya meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada tunku abdul rahman menjadi presiden?????

kemudiaannya on jaafar menubuhkan pula sebuah parti baharu untuk menentang umno terutamanya dalam pilihanraya 1952 (kalau tak silap)

tak pelik ke....dia tubuh, dia letak jawatan, dia buat parti baru.....dia lawan parti yang dia tubuhkan dulu......mesti ada something wrong kan????

ada cite dalam silibus sejarah?????mati idup balik la x jumpa....

Monday, 11 November 2013

PRAYBOY itu suamiku....

Mula2 'i love u mr.arrogant'..
sekarang 'playboy itu suami aku'..
mereka memang tidak faham apa itu islam....
menteri bertanggungjawab dalam hal2 penyiaran konon2 hebat dalam islam....apa tindakan????

jadikanlah drama,lagu  dan filem itu sebagai medium dakwah...
drama,filem dan lagu adalah medium paling mudah untuk mempengaruhi fikiran dan gaya hidup umat...
jadi kenapa didik yang negatif...didik la yang positif....
lepas ni tajuk2 drama yang akan publish....

'bohjan itu imamku..'
'bini mu bini ku jua..'
'kekasih gelapku mongolia meletup'

makin lama melayu menjadi semakin bangang...moga Allah kurniakan pemimpin islam sebenar buat kita...sesungguhnya kami amat merindui pemimpin2 sebegitu....