Sunday, 29 December 2013

orang malaysia

orang malaysia...

1. beratur panjang di kedai fastfood...depan ada 3 orang...blakang ada 4 orang.....15 minit kemudian smpai turn dia....baru nak terhegeh hegeh tgk menu, tanya itu dan ini, amik masa 10 minit nak buat keputusan nak beli apa.....member2 kat blakang dah hangin setengah jam berdiri tggu turn.....dah la bawak segerombolan datang order.....

2. beratur panjang di mesin atm atau cdm...sama gak macam kedai fatfood tadi...depan ada 3 orang....dah sampai turn dia baru nak terhegeh hegeh nak cari dan  keluarkan duit atau kad atm....kena lak bank kecik...orang beratur sampai ke luar tggu dia nak cari duit dalam wallet.....

3. beratur panjang di tol....sama je...kete depan 7, 8 bijik...5minit tunggu sampai turn, baru nak terkial kial cari duit.....pasal dia cari duit jem dari tol senawang sampai exit pd....

4. bertaur panjang di trafic lite...depan ada 10 keta berenti sbb lampu merah.....bila hijau kete depan semua dah jalan....dia baru terhegeh hegeh nak masuk gear.....dan2 dia jalan lampu tukar kuning, dia pecut laju dan lepas....orng belakang sangkut...kena tunggu lagi 5-6 minit....

beginilah minda 47% rakyat malaysia hasil didikan yang telah diterima......

pesanan sahaja...

kepada sahabat2 yang akan turun pada 31 Disember ini (esok)....

sedikit pesanan,peringatan dan nasihat dari hamba.....

1.Ingat....demo kali ni malam....lebih mudah puak depa lakukan sabotaj.....macam padamkan lampu jalan dan sebagainya....kena pikirkan jangkaan2 yang akan terjadi..... sentiasa bersedia...




2. Niatkan dari mula keluar rumah kerana Allah taala....untuk kita bersama sama memperjuangkan hak sebagai rakyat dan memberi tekanan kepada pemimpin yang sekular....



3. Sepanjang demo penuhkan dengan zikrullah supaya dapat keberkatan apa yang dilakukan. Jangan lupa tunaikan solat isyak dahulu....


4. Jangan lakukan provokasi kepada sesiapa sahaja esp polis,fru dan puak2 mereka...kita gentleman...bukan nak gaduh....kita nak buat secara aman...kalau boleh lemparkan senyuman....antara dieorang gak ada puak2 kita cuma terpaksa kerana tugas...

5. Pakai baju lengan PANJANG, seluar PANJANG dan BERKASUT. Kalau kena canister, lengan dan kaki tak gatal.

6.Sediakan BEG yang berisi sebotol AIR minum, GARAM, TUALA MUKA, PEMBALUT LUKA, PLASTER LUKA, TOPENG JEREBU paling kurang. Kalau di tembak canister, muka akan pedih dan panas, JANGAN CURAH AIR ke muka!. Basahkan TUALA dengan AIR dan sapu muka serta tekup mulut & hidung dengan tuala basah. Canister akan membakar udara di sekeliling yang buat kita payah nak bernafas, walaupun jarak 500 meter, akan terasa bahang. Tuala basah akan terus memberi oksigen. Serta kemam garam untuk terus segar dan elak pitam.

7. Jikalau canister di tembak, jangan lari kelam kabut, tenang dan cari jalan keluar dari orang ramai. Selamatkan diri dan jangan melawan arah

8.Pastikan handphone di cas penuh dan ada backup phone untuk membuat panggilan kecemasan sesama kawan

9. Jangan berjalan berseorangan, pastikan ada group kecil 3-4 orang jika terpecah.

10. Elakkan dari rapat dengan orang yang berbadan sasa, berpakian kemas, tak berjanggut, hanya bermisai kalau ada, baju tight in..di khuatiri SB.

11. Paling Penting  JANGAN BAWA SENJATA! Kita berdemo dengan aman untuk tunjuk bantahan, bukan berperang dengan pihak berkuasa. 


12. Kalau kena tangkap jangan gelabah dan melawan....ikut je....insyaallah ada yang akan dtg membantu nanti....kerana kita tentera  ALLAH...yakin sahaja...

Ya Rab....kami ini terdesak,kami lakukan ini sebagai bantahan secara aman kepada mereka yang menindas....bukakanlah hati mereka untuk mendengar luahan kami, dan tidak berlaku kejam dan zalim terhadap kami....selamatkanlah kami dan seluruh ahli keluarga kami...sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segala apa yang terbaik buat kami, dan Kaulah yang berkuasa di atas segala apa yang ada di atas muka bumi ini.....

hassan oh hassan

sekarang aku duduk kuala pilah.....hujung kuala pilah....sempadan dengan johol.....perjalanan ke tempat kerja ambil masa 2 jam...pergi balik hampir 4 jam atas jalan....syukur...janji duduk dgn family, hari2 boleh jumpa....

seawal 6 pagi aku dah gerak....tak boleh lambat...nanti lewat...suasana gelap sebab kawasan perkampungan dan bukan jalan utama....

gelapnya bukan calang2...gelapnya gelap gelita....nak melepasi kawasan kampung yang berliku hampir 17 km....tak jauh mana tapi merbahaya dengan kerbau,lembu dan babi hutan bersepah di tepi dan kadang2 di tengah jalan......syukur, janji ada jalan...

cuma aku pelik...aku di negeri sembilan....bukan di kelantan....kalau kat kelantan takpelah jugak...sebab tu negeri mundur...

habis apa majunya n9???apa hebatnya tok mat????apa hebatnya hasan malek,ahli parlimen kawasan tu????????stakat nak ajak tgk maharaja lawak boleh la....tu psl pemikiran tak berkembang...jawapan yang diberi pada rakyat tak habis2  menunjukan tahap iq nya yang rendah....

terbaru pak hasan minta rakyat jangan pandai adu je kenaikan harga barang....sumbanglah idea....

dah... kalau aku bagi idea kau nak bagi gaji kau kat aku?????tu psl la kau jadik wakil rakyat...nama pun wakil...supaya kau boleh wakilkan aku memikir....tapi bukan memikir benda2 yang bodoh macam yang slalu kau utarakan tu.....

hassan...hasan....nama dah mulia dah...tapi orang nya x semulia nama....sedih aku....

dr muhaya dan syukurnya.....

hebat dr muhaya mengupaskan isu syukur dalam rancangannya.....katanya rakyat perlu bersyukur dengan apa yang ada.....

dari segi rohaniahnya amatlah tepat wahai doktor yang bijaksana....sememangnya kami bersyukur dengan syukur yang tidak dapat diukur kerana nikmat itu tidak mampu dibalas....sebagai rakyat kami amat bersyukur yang bumi malaysia ni amat kaya dengan sumber bumi, minyak, gas, emas, biji timah, balak, getah, sawit.........tapi kami pelik mana perginya kekayaan tu....jadi salah ke kami bertanya dan nak kan kepastian kemana perginya semua kekayaan tu kepada mereka yang bertanggungjawab????dan perlukah kami bersyukur dengan kezaliman dan semua bentuk penipuan????

doktor mungkin lupa yang bunuh itu haram, tapi ada masanya bunuh itu dibenarkan....doktor mungkin lupa yang memakan babi itu haram, tapi ada masanya memakan babi itu dibenarkan....

kalian sekadar mudah melafazkan syukur ketika memperoleh pendapatan 5 angka....

INI KALILAH......!!!!

28 tahun aku hidup di muka bumi Allah, tidak sekalipun aku menyambut kemerdekaan dengan aktiviti2 yang dianjurkan esp di dataran merdeka....tapi untuk tahun 2014 ni....insyaAllah....INI KALILAHHHHHHH....!!!!

kalau aku lepak2 kat situ tunggu countdown dan borak2 kosong dengan kawan2 pasal kenaikan harga barangan, elektrik, tol, haram ke?????? dan kalau haram dan salah kena tangkap ke????

himpunan sejuta belia yang bawak orang korea gila tayang spender tu halal ke?????dan kalau halal masuk syurga ke????

alah bodonya depa.....

ameno vs ameno

ameno minta ameno hentikan maksiat dalam sambutan tahun baru 2014.....ameno yang minta ikan bilis nya....ameno yang diminta ikan jerungnya.....bila ameno ikan bilis minta ameno ikan paus berenti buat maksiat, sudah tentulah ada maksiatnya sebelum ini....kalau tiada, masakan perkataan 'berhenti' digunakan....perkataan 'berhenti' digunakan bila sesuatu telah terjadi atau berjalan.....kalau belum terjadi atau tak pernah terjadi maka perkataan 'berhenti' tidak boleh digunakan.....

jadi, bila ameno ikan bilis minta ameno ikan jerung hentikan sambutan maksiat maknanya ameno ikan jerung sememangnya melakukan maksiat lah sebelum ni....?????bila dah lakukan maksiat apa islamnya negara yang ditadbir ameno ikan jerung????

dan yang paling pelik, bila ameno ikan bilis suruh ameno ikan jerung berenti buat maksiat bermakna ameno ikan bilis sememangnya dah tahu dan maklum yang ameno ikan jerung kaki maksiat....bila dah tahu dan sedia maklum kenapa ameno ikan bilis masih lagi taat setia dan menyokong ameno ikan jerung tak berbelah bahagi lagi????

tidak ke bodoh namanya tu??????

kesimpulannya....yang memerintah penuh dengan maksiat adalah bodoh.....yang menyokong pemerintah penuh dengan kemaksiatan lagi lah bodoh......

memang tak la.....

Sempena perhimpunan aman untuk membantah kenaikan harga barangan yang bakal diadakan pada 31 Disember ini, aku percaya hampir semua jabatan kerajaan telah pun mengeluarkan surat peringatan kepada semua pegawai2 di organisasi mereka agar tidak melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut.

Tidak terkecuali aku yang turut menerima surat berkenaan....ianya merupakan satu ugutan dan menafikan hak seorang rakyat sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan ciptaan mereka sendiri....sememangnya telah menjadi resmi mereka sendri yang mengkhianati kata2 mereka samada ianya berbentuk rasmi atau sebaliknya....

jika sebelum ini mereka yang memberi kerakyatan kepada kaum cina dan india sebagai syarat untuk mendapatkan kemerdekaan, kemudiaanya mereka yang melaungkan sentimen perkauman....

jika sebelum ini mereka menghalalkan syiah kini mereka mengatakan pemimpin nombor 2 pas pula syiah yang perlu ditangkap dan didakwa....

jika sebelum ini mereka membenarkan kalimah Allah, kemudian mereka yang melalak mempertahankannya, dan kemudiaan melemparkan kesalahan kepada orang lain....

terlalu banyak jika yang boleh ditulis, cukuplah sekadar apa yang ada di atas.....

kini mereka mahu menyekat kebebasan rakyat untuk berkumpul secara aman dengan memberi ugutan2 sebegini....surat peringatan yang bertajuk larangan penjawat awam untuk menyertai apa sahaja aktiviti yang mengancam keselamatan negara yang ditandatangani oleh tuan pengarah....isi nya pula menjurus kepada perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember depan dan memberi amaran jika ingkar kepada peringatan tersebut tindakan tatatertib akan dikenakan.....

pengarah pun sama lembu dengan menteri ameno....kenapa aku kata begitu...???

1. terang lagi bersuluh orang kata perhimpunan aman, tanpa senjata dan tanpa sentimen untuk menggulingkan kerajaan...ianya hanya untuk menuntut kerajaan menurunkan harga barang....minta turun harga barang dikira mengancam keselamatan negara ke????bak kata kawan aku angah jengah....setakat g demo bawak botol air adakah ianya mengancam keselamatan????adakah botol air dikira sebagai senjata dan merbahaya...sekiranya ya, maka botol air perlulah dimasukan di dalam akta senjata yang boleh membawa kemudaratan kepada orang awam....

2. yang duk sebok2 hantar surat macam tu buat apa bohhh......orang berhimpun pon kau nak bagi peringatan....yang anak2 buah kau pakai dedah sana sini datang opis, skandal laki orang bini orang, bini mengamuk serang kat opis bawak hal rumah tangga ke pejabat, pegawai2 x solat....bz mesyuarat sampai lewat melampau untuk tunaikan solat fardhu, staf2 bersukan wakil jabatan pakai seluar pendek dan tak tutup aurat, pergi lawatan dari naik bas tapi drebar tak berenti solat...itu pernah kau bagi peringatan????berani kau nak tegur?????pernah kau antar surat peringatan???

seorang pemimpin yang tak reti berfikir mana satu yang perlu diberi keutamaan....seorang pemimpin yang tak reti berfikir mana satu yang hak dan mana satu yang batil....memang tak la kau akan disanjung melainkan puak2 macai kau....